Flora dan Fauna Bakal Pupus?

Oleh: AMLIR AYAT

Satu daripada petunjuk atau parameter potensi kesejahteraan sosial ialah kepelbagaian biologi. Kegagalan atau kedegilan manusia untuk melihat alam sebagai aset utama kesejahteraan sosial yang terbatas ialah satu daripada faktor kemelesetan sumber alam dari sudut kuantiti dan kualiti yang kian mengancam masa hadapan manusia. Pengabaian terhadap keupayaan tampung sumber alam untuk mencapai pembangunan mengundang risiko yang sangat besar kepada alam.

Kemerosotan kuantiti dan kualiti komponen alam turut menjadi petanda besar bagi kemerosotan kesejahteraan manusia. Angka dan penilaian kuantitatif pelbagai parameter yang selari dengannya juga dapat memberikan gambaran yang jelas tentang masa hadapan “rumah” manusia, iaitu Bumi.

Berdasarkan rumusan daripada laporan mutakhir tentang kepelbagaian biologi sejagat, “Living Planet 2018” dan hasil kajian daripada 59 orang ahli sains di seluruh dunia, kepelbagaian fauna kian merosot dengan drastiknya. Dokumen terbitan Dana Sedunia Alam Semula Jadi (WWF) juga menyatakan bahawa saiz populasi mamalia, burung, ikan, reptilia dan amfibia merosot sebanyak 60 peratus dalam tempoh empat dekad sahaja.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Dewan Kosmik Mac 2019.

Posted in: Alam Sekitar

Mesin Pengimbas Tandatangan Palsu Masa Hadapan

Oleh: MOHD. SYUKRI ANWAR

Dalam usaha menuju ke arah negara maju, aspek inovasi dan kreativiti menjadi teras penting yang diperlukan untuk menjadikan hasrat ini suatu kenyataan. Walau bagaimanapun, apabila inovasi dan kreativiti ini disalah guna pada jalan yang tidak baik untuk mendapatkan sesuatu yang haram, perkara ini suatu yang tercela dan menyalahi tatasusila rakyat Malaysia.

Satu daripada hasil kreativiti yang tidak baik ialah pemalsuan dokumen. Perbuatan ini biasanya dilakukan untuk menipu pihak tertentu supaya mempercayai bahawa dokumen itu disediakan oleh pihak yang sebenarnya. Secara biasanya juga, dokumen yang dipalsukan ini berkaitan dengan tuntutan wang dan harta. Selain itu, ada juga pemalsuan dokumen untuk memfitnah atau melaga-lagakan orang lain.

Terkini, pada 4 Februari 2019, seorang wanita diarahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk memulangkan hasil jualan dua lot tanah
pusaka sebanyak RM95 ribu milik lima adik-beradiknya yang dijual tanpa pengetahuan mereka. Dalam kes ini, wanita ini didapati menjual enam lot tanah pusaka milik mereka dengan cara menipu tandatangan tiga daripada mereka ketika proses jual beli tanah di Kemasik, Kemaman.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Dewan Kosmik Mac 2019.

Posted in: Daripada Editor

Mesin Pengimbas Tandatangan Palsu Masa Hadapan

Oleh: Mohd. Syukri Anwar

Dalam usaha menuju ke arah negara maju, aspek inovasi dan kreativiti menjadi teras penting yang diperlukan untuk menjadikan hasrat ini suatu kenyataan. Walau bagaimanapun, apabila inovasi dan kreativiti ini disalah guna pada jalan yang tidak baik untuk mendapatkan sesuatu yang haram, perkara ini suatu yang tercela dan menyalahi tatasusila rakyat Malaysia.

Satu daripada hasil kreativiti yang tidak baik ialah pemalsuan dokumen. Perbuatan ini biasanya dilakukan untuk menipu pihak tertentu supaya mempercayai bahawa dokumen itu disediakan oleh pihak yang sebenarnya. Secara biasanya juga, dokumen yang dipalsukan ini berkaitan dengan tuntutan wang dan harta. Selain itu, ada juga pemalsuan dokumen untuk memfitnah atau melaga-lagakan orang lain.

Terkini, pada 4 Februari 2019, seorang wanita diarahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk memulangkan hasil jualan dua lot tanah
pusaka sebanyak RM95 ribu milik lima adik-beradiknya yang dijual tanpa pengetahuan mereka. Dalam kes ini, wanita ini didapati menjual enam lot tanah pusaka milik mereka dengan cara menipu tandatangan tiga daripada mereka ketika proses jual beli tanah di Kemasik, Kemaman.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Dewan Kosmik Februari 2019.

Posted in: Daripada Editor

Jalur Mobius Objek Geometri Unik

Oleh: Nurisya Mohd. Shah

Kadangkala, ada sesetengah objek yang dilihat seperti mempunyai dua permukaan atau dua sisi terpisah apabila dilihat dengan pandangan mata kasar. Yang sebenarnya, objek ini hanya mempunyai satu permukaan jika diuji dan dibuktikan sifat orientasinya secara matematik.

Objek dua permukaan biasanya memerihalkan objek dua dimensi. Walau bagaimanapun, timbul persoalan tentang kemungkinan objek dua dimensi yang mempunyai satu permukaan sahaja. Kemungkinan ini dapat berlaku. Dalam hal ini, objek yang tidak asing lagi bagi komuniti penyelidik geometri ialah jalur Mobius.

Jalur Mobius dan objek lain yang mempunyai kelebihan ini disenaraikan di bawah kumpulan geometri yang terlindung. Jalur ini ditemukan pada tahun 1858. Nama objek ini diambil bersempena dengan nama ahli matematik dan ahli astronomi teori dari Jerman, iaitu August Ferdinand Möbius.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Dewan Kosmik Januari 2019.

Posted in: Fizik

Pembalakan Impak Rendah

Oleh: Mohd. Izwan Ramlan dan Azharizan Mohd. Norizan

Pembalakan impak rendah (RIL) ialah konsep pelaksanaan kaedah pengusahasilan hutan untuk mengurangkan impak hingga 20 peratus daripada kerosakan baki stok pokok, tanah dan kualiti air. Kaedah ini dilakukan untuk mengekalkan kapasiti produktif dan fungsi hutan yang berada di kelilingnya.

Kaedah RIL terbukti dapat mengurangkan kerosakan dirian tinggal sebanyak 50 peratus berbanding dengan pembalakan konvensional. Beberapa faktor, seperti ekonomi dan penggunaan traktor secara meluas, menyumbang pelaksanaan RIL berbanding dengan sistem penuaian yang lain.

Teknik dan garis panduan pembalakan secara RIL bukanlah preskripsi yang tetap atau jumud, tetapi penyesuaian teknik pembalakan yang terbaik terhadap keadaan fizikal-hayat dan keadaan ekonomi sedia ada. Kebaikan pembalakan secara RIL bergantung pada banyak perkara, terutamanya perancangan yang baik, jentera pembalakan yang sesuai, pekerja yang terlatih, pengawalan dan pemantauan yang kemas dan rapi.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Dewan Kosmik Januari 2019.

Posted in: DARIPADA FRIM

BANGUNAN ANTIGEMPA KURANGKAN IMPAK GEMPA BUMI

Oleh: Mohd. Syukri Anwar

Kemajuan teknologi pembinaan berkembang pesat seiring dengan penyelidikan dari aspek ciri bahan, kekuatan struktur, jangka
hayat binaan, penghasilan komposit, pengubahsuaian nisbah campuran konkrit dan kekuatannya menahan impak gegaran.

Di Malaysia, penyelidikan keupayaan bangunan untuk mengatasi kesan gegaran kurang dikaji pada masa dahulu. Hal ini dikatakan demikian kerana Malaysia bukanlah negara yang dikategorikan sebagai negara yang berada di kawasan pusat gempa. Hal ini bermakna, walaupun bangunan yang dibina di Malaysia tidak mampu menahan kesan gegaran, bangunan ini masih selamat untuk diduduki untuk suatu tempoh yang lama.

Peristiwa gempa bumi yang berlaku di Sabah beberapa tahun yang lalu benar-benar mengejutkan jurutera dan ahli dalam bidang pembinaan bangunan. Bangunan yang dahulunya dikatakan selamat, mungkin berubah statusnya. Hal inilah yang terjadi kepada beberapa buah bangunan di Sabah yang disahkan retak dan berisiko untuk diduduki selepas kejadian gempa berkenaan.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Dewan Kosmik Januari 2019.

Posted in: Daripada Editor

ATLAS SEL RUJUKAN SEL LENGKAP

Oleh: Mohd. Syukri Anwar

Homo sapiens, iaitu manusia bijak dalam bahasa Latin, ataulebih dikenali sebagai manusia secara umumnya ialah makhlukyang mendominasi alam ini sejak kewujudan Nabi Adam a.s.yang menjadi manusia pertama di planet Bumi ini. Manusia sangat istimewa kerana mempunyai akal yang membezakannya daripada makhluk lain. Dengan akal inilah, manusia meneroka dan mengkajiapa-apa sahaja yang dilihatnya, termasuklah dirinya sendiri.

Kajian tentang diri manusia itu sendiri mewujudkan satu bidang khusus yang dikenali sebagai anatomi, iaitu kajian tentang struktur tubuh. Menerusi bidang anatomi ini, manusia dapat mengenali bahagian atau organ yang membina dirinya sendiri, sama adayang dapat dilihat di bahagian luar badan atau yang terselindung dibahagian dalam badan. Bahagian ini termasuklah kepala, badan, kaki,tangan dan kulit di bahagian luar badan dan jantung, paru-paru, usus, buah pinggang dan otak di bahagian dalam badan.

Seiring dengan perkembangan teknologi mikroskop, kajian tentang manusia turut berkembang dan mewujudkan satu lagi bidang baharu,iaitu histologi. Bidang ini mengkaji sel dan tisu yang diambil daripada bahagian atau organ manusia. Menerusi bidang ini, manusia dapat melihat bentuk organ secara lebih terperinci pada saiz yang lebih kecil. Tanpa disedari, hasil pemerhatian dalam bidang histologi ini menyingkap 1001 rahsia besar yang menentukan ciri dan bentuk manusia secara luarannya.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Dewan Kosmik Disember 2018.

Posted in: Daripada Editor

MASYARAKAT SETEMPAT PULIHARA HUTAN PAYA LAUT

Oleh: Hyrul Izwan, M.H., Ismail, P., Tariq Mubarak, H. dan Mohd. Ghazali, H.

Dirian hutan paya laut di sepanjang kawasan pesisiran pantai dan muara sungai berlumpur berperanan penting terhadap kesejahteraan penduduk yang tinggal berhampiran dengannya. Dirian yang padat dan kepelbagaian lapisan membentuk zon penampan semula jadi yang berkesan untuk melindungi masyarakat pesisiran pantai daripada impak ombak besar dan angin kencang, termasuklah tsunami.

Hutan paya laut juga berperanan sebagai perangkap sampah dan penapis semula jadi untuk mengurangkan kesan pencemaran air laut. Selain itu, hutan paya laut turut memainkan peranan penting sebagai kawasan pembiakan utama bagi hidupan akuatik, seperti ikan, ketam, udang, kerang dan siput, serta menjadi habitat bagi hidupan darat, seperti serangga, burung, kelawar, primat dan kelip-kelip.

Selain itu, hutan paya laut yang memiliki nilai estetika tersendiri makin menarik minat pelancong dari dalam dan luar negara dalam aktiviti memerhati burung dan hidupan liar, serta menyusuri sungai sambil menghayati keindahan alam. Keadaan ini membuka ruang dan peluang kepada masyarakat pesisiran pantai yang kebanyakannya bekerja sebagai nelayan pantai untuk berkecimpung dalam industri ekopelancongan yang makin berkembang di Malaysia.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Dewan Kosmik Disember 2018.

Posted in: DARIPADA FRIM

ADAPTASI DAN PENGURUSAN HUTAN ATASI PERUBAHAN IKLIM DUNIA

Oleh: Azian Mohti dan Norsheilla Mohd. Johan Chuah

Banyak bukti menunjukkan bahawa perubahan iklim dunia berlaku disebabkan oleh aktiviti manusia. Oleh sebab itu, usaha awal perlu dilakukan dengan cara menyelamatkan hutan dunia. Usaha awal ini ialah kaedah yang terbaik dan paling murah yang dapat dilakukan untuk menangani masalah perubahan iklim dunia.

Antara isu utama dalam sektor perhutanan termasuklah cara hutan dan penduduk yang bergantung pada hutan ini beradaptasi terhadap perubahan iklim. Isu ini berkaitan rapat dengan isu setempat bagi kebanyakan negara di dunia. Walau bagaimanapun, usaha untuk menangani isu dan masalah ini masih kurang diberikan perhatian. Kebanyakan isu ini hanya cuba diselesaikan apabila berlaku masalah daripada isu ini.

Pada tahun 2007, Panel antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim (IPCC) menyatakan bahawa pemanasan iklim global makin ketara dan mungkin berlaku disebabkan oleh sumber antropogenik. Kesan daripada pemanasan global dapat dilihat pada kenaikan purata suhu global, selain kekerapan kemarau dan banjir, corak angin dan ribut, fros, salji dan liputan ais, serta paras air lautan global.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Dewan Kosmik Disember 2018.

Posted in: DARIPADA FRIM

TERATAI BERPOTENSI TINGGI

Oleh: Marryanna Lion, Mohd. Ghazali Hasan dan Siti Latifah Abdul Halim

Teratai atau lebih dikenali sebagai Nelumbo Nucifera Gaertn ialah satu daripada dua spesies tumbuhan akuatik dalam keluarga Nelumbonaceae. Nama lain bagi tumbuhan ini ialah teratai india, teratai suci, kacang india dan kacang mesir.

Nama teratai tidak sehebat ros dan lavender, tetapi tumbuhan ini mempunyai potensi yang tinggi dari perspektif ekonomi dan perubatan. Teratai mempunyai keunikan yang tersendiri. Saiz bunganya boleh mencecah diameter hingga 30 cm. Bunga ini mempunyai pelbagai warna, iaitu merah jambu, putih atau kuning.

Daun teratai berlilin untuk membolehkannya menakung air. Berdasarkan keunikan ini, teratai sangat sesuai dijadikan sebagai pokok hiasan landskap di kawasan berair. Teratai sangat sinonim dengan negara India dan Vietnam. Tumbuhan ini banyak didapati secara semula jadi di kawasan tasik.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Dewan Kosmik November 2018.

Posted in: DARIPADA FRIM