Mesin Pengimbas Tandatangan Palsu Masa Hadapan

Oleh: MOHD. SYUKRI ANWAR

Dalam usaha menuju ke arah negara maju, aspek inovasi dan kreativiti menjadi teras penting yang diperlukan untuk menjadikan hasrat ini suatu kenyataan. Walau bagaimanapun, apabila inovasi dan kreativiti ini disalah guna pada jalan yang tidak baik untuk mendapatkan sesuatu yang haram, perkara ini suatu yang tercela dan menyalahi tatasusila rakyat Malaysia.

Satu daripada hasil kreativiti yang tidak baik ialah pemalsuan dokumen. Perbuatan ini biasanya dilakukan untuk menipu pihak tertentu supaya mempercayai bahawa dokumen itu disediakan oleh pihak yang sebenarnya. Secara biasanya juga, dokumen yang dipalsukan ini berkaitan dengan tuntutan wang dan harta. Selain itu, ada juga pemalsuan dokumen untuk memfitnah atau melaga-lagakan orang lain.

Terkini, pada 4 Februari 2019, seorang wanita diarahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk memulangkan hasil jualan dua lot tanah
pusaka sebanyak RM95 ribu milik lima adik-beradiknya yang dijual tanpa pengetahuan mereka. Dalam kes ini, wanita ini didapati menjual enam lot tanah pusaka milik mereka dengan cara menipu tandatangan tiga daripada mereka ketika proses jual beli tanah di Kemasik, Kemaman.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Dewan Kosmik Mac 2019.

Posted in: Daripada Editor

Mesin Pengimbas Tandatangan Palsu Masa Hadapan

Oleh: Mohd. Syukri Anwar

Dalam usaha menuju ke arah negara maju, aspek inovasi dan kreativiti menjadi teras penting yang diperlukan untuk menjadikan hasrat ini suatu kenyataan. Walau bagaimanapun, apabila inovasi dan kreativiti ini disalah guna pada jalan yang tidak baik untuk mendapatkan sesuatu yang haram, perkara ini suatu yang tercela dan menyalahi tatasusila rakyat Malaysia.

Satu daripada hasil kreativiti yang tidak baik ialah pemalsuan dokumen. Perbuatan ini biasanya dilakukan untuk menipu pihak tertentu supaya mempercayai bahawa dokumen itu disediakan oleh pihak yang sebenarnya. Secara biasanya juga, dokumen yang dipalsukan ini berkaitan dengan tuntutan wang dan harta. Selain itu, ada juga pemalsuan dokumen untuk memfitnah atau melaga-lagakan orang lain.

Terkini, pada 4 Februari 2019, seorang wanita diarahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk memulangkan hasil jualan dua lot tanah
pusaka sebanyak RM95 ribu milik lima adik-beradiknya yang dijual tanpa pengetahuan mereka. Dalam kes ini, wanita ini didapati menjual enam lot tanah pusaka milik mereka dengan cara menipu tandatangan tiga daripada mereka ketika proses jual beli tanah di Kemasik, Kemaman.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Dewan Kosmik Februari 2019.

Posted in: Daripada Editor

BANGUNAN ANTIGEMPA KURANGKAN IMPAK GEMPA BUMI

Oleh: Mohd. Syukri Anwar

Kemajuan teknologi pembinaan berkembang pesat seiring dengan penyelidikan dari aspek ciri bahan, kekuatan struktur, jangka
hayat binaan, penghasilan komposit, pengubahsuaian nisbah campuran konkrit dan kekuatannya menahan impak gegaran.

Di Malaysia, penyelidikan keupayaan bangunan untuk mengatasi kesan gegaran kurang dikaji pada masa dahulu. Hal ini dikatakan demikian kerana Malaysia bukanlah negara yang dikategorikan sebagai negara yang berada di kawasan pusat gempa. Hal ini bermakna, walaupun bangunan yang dibina di Malaysia tidak mampu menahan kesan gegaran, bangunan ini masih selamat untuk diduduki untuk suatu tempoh yang lama.

Peristiwa gempa bumi yang berlaku di Sabah beberapa tahun yang lalu benar-benar mengejutkan jurutera dan ahli dalam bidang pembinaan bangunan. Bangunan yang dahulunya dikatakan selamat, mungkin berubah statusnya. Hal inilah yang terjadi kepada beberapa buah bangunan di Sabah yang disahkan retak dan berisiko untuk diduduki selepas kejadian gempa berkenaan.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Dewan Kosmik Januari 2019.

Posted in: Daripada Editor

ATLAS SEL RUJUKAN SEL LENGKAP

Oleh: Mohd. Syukri Anwar

Homo sapiens, iaitu manusia bijak dalam bahasa Latin, ataulebih dikenali sebagai manusia secara umumnya ialah makhlukyang mendominasi alam ini sejak kewujudan Nabi Adam a.s.yang menjadi manusia pertama di planet Bumi ini. Manusia sangat istimewa kerana mempunyai akal yang membezakannya daripada makhluk lain. Dengan akal inilah, manusia meneroka dan mengkajiapa-apa sahaja yang dilihatnya, termasuklah dirinya sendiri.

Kajian tentang diri manusia itu sendiri mewujudkan satu bidang khusus yang dikenali sebagai anatomi, iaitu kajian tentang struktur tubuh. Menerusi bidang anatomi ini, manusia dapat mengenali bahagian atau organ yang membina dirinya sendiri, sama adayang dapat dilihat di bahagian luar badan atau yang terselindung dibahagian dalam badan. Bahagian ini termasuklah kepala, badan, kaki,tangan dan kulit di bahagian luar badan dan jantung, paru-paru, usus, buah pinggang dan otak di bahagian dalam badan.

Seiring dengan perkembangan teknologi mikroskop, kajian tentang manusia turut berkembang dan mewujudkan satu lagi bidang baharu,iaitu histologi. Bidang ini mengkaji sel dan tisu yang diambil daripada bahagian atau organ manusia. Menerusi bidang ini, manusia dapat melihat bentuk organ secara lebih terperinci pada saiz yang lebih kecil. Tanpa disedari, hasil pemerhatian dalam bidang histologi ini menyingkap 1001 rahsia besar yang menentukan ciri dan bentuk manusia secara luarannya.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Dewan Kosmik Disember 2018.

Posted in: Daripada Editor

SARANG LABAH-LABAH BUKAN BENANG BIASA

Oleh: Mohd. Syukri Anwar

Aspirasi dan impian untuk bergelar negara maju bukan suatu matlamat yang mudah. Sesebuah negara itu memerlukan komitmen daripada semua pihak dan modal insan yang berpengetahuan tinggi untuk merealisasikannya. Teknologi pula ialah alat penting yang menjadi tunjang ke arah negara maju ini. Tanpa teknologi, cita-cita ini hanya menjadi angan-angan kosong yang tidak mungkin tercapai sehingga bila-bila.

Oleh sebab itu, teknologi ialah asas yang perlu dikuasai. Menerusi teknologi inilah, proses untuk bergelar negara maju dapat berlaku secara pantas pada masa yang diinginkan. Satu daripada teknologi yang kian berkembang pesat yang sangat penting ialah teknologi biobahan. Teknologi ini mengkaji bahan biologi atau bahan semula jadi untuk dijadikan sebagai bahan yang dapat menggantikan bahan sintetik. Hal ini dikatakan demikian kerana seiring dengan masa, banyak kelemahan yang ditemukan pada bahan sintetik.

Pencarian bahan biologi oleh ahli sains menemukan rahsia sarang labah-labah. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh ahli sains, sarang labah-labah didapati mempunyai susunan serat yang sangat padat. Struktur seratnya pula mempunyai kandungan protein yang sangat tinggi. Ciri ini menyebabkan daya keanjalan sarang labah-labah sangat tinggi, iaitu antara tiga hingga lima kali daya keanjalan nilon dan kevlar.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Dewan Kosmik November 2018.


Posted in: Daripada Editor

PENGGUNAAN KOMPUTER HADKAN TEMPOHNYA

Oleh: Mohd. Syukri Anwar

Komputer ialah alat teknologi yang sangat menakjubkan. Kelajuan pemprosesan komputer yang sangat pantas seakan-akan mampu menyaingi dan mengatasi kemampuan otak manusia. Malah, beberapa masalah yang sangat rumit dan tidak mampu diselesaikan oleh manusia dapat diselesaikan oleh otak komputer dalam tempoh beberapa saat sahaja.

Berbekalkan kehebatan dan keupayaan komputer ini, tidak hairanlah apabila komputer digunakan untuk menyelesaikan pelbagai tugasan. Sejak itu, bermulalah era penggunaan komputer secara menyeluruh dalam pelbagai bidang. Pengguna komputer mula memperuntukkan masa yang sangat banyak untuk duduk di hadapan komputer. Tangan pula digunakan untuk menaip dan menggerakkan tetikus.

Akhirnya, urusan kerja menjadi mudah dan cepat. Pengguna tidak perlu lagi berjalan terlalu banyak ke tempat lain untuk menghantar sesuatu maklumat atau menyelesaikan sesuatu tugasan. Oleh sebab itu, banyak masa dan tenaga yang dapat dijimatkan. Secara tidak langsung, produktiviti dan kualiti kerja dapat ditingkatkan.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Dewan Kosmik Oktober 2018.

Posted in: Daripada Editor

RIBUT PETIR PENCETUS HUJAN BATU

Oleh: Mohd. Syukri Anwar

Pada 3 Jun 2016, hujan batu berlaku di Bukit Jalil. Setahun berikutnya, iaitu pada 21 Oktober 2017 pula, hujan batu berlaku di Kuala Krai. Yang terkini, hujan batu berlaku di Bukit Serdang dan berhampiran dengan Seri Kembangan pada 1 Ogos 2018. Pengulangan kejadian ini pada setiap tahun menunjukkan bahawa hujan batu bukan fenomena luar biasa di Malaysia.

Walau bagaimanapun, bagi sesetengah rakyat Malaysia, hujan batu ialah peristiwa yang pelik jika berlaku di Malaysia. Pada pandangan sesetengah orang ini, hujan batu sepatutnya hanya berlaku di negara luar, seperti China, Eropah tengah, selatan Australia, selatan dan barat Jerman, utara dan timur Perancis serta Amerika Utara.

Yang sebenarnya, jika mekanisme penghasilan hujan batu diketahui, tempat yang mungkin berlakunya hujan batu dapat dijangkakan. Walau bagaimanapun, jangkaan ini memerlukan seseorang itu mempunyai ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang, termasuklah geografi dan meteorologi.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Kosmik September 2018.

PENEROKAAN DASAR LAUT SECARA SELAMAT

Oleh: Mohd. Syukri Anwar

Lautan meliputi 71 peratus permukaan bumi, dengan keluasanlebih kurang 361 juta kilometer per segi. Isi padu lautan pula lebihkurang 1370 juta kilometer padu, dengan kedalaman lebih kurang3790 meter. Dengan saiz yang terlalu besar ini, dasar laut dikatakanmenyimpan 1001 rahsia yang masih belum dapat dirungkaikan olehmanusia.

Hal ini berbeza daripada satu kawasan lain yang berada bertentangan dengannya secara menegak, iaitu ruang angkasa. Secara perbandingan, manusia dilihat lebih berlumba-lumba untuk meneroka ruang angkasa yang jaraknya lebih jauh sehingga berpuluh-puluh ribu kilometer. Hal ini dikatakan demikian kerana manusia sangat menyedari kepentingan ruang angkasa sebagai penentu dominasi sesebuah negara.

Yang sebenarnya, dasar laut juga memberikan kesan yang besar terhadap kehidupan manusia. Sebagai contohnya, di dasar laut, tersimpan petroleum yang menjadi sumber bahan bakar utama yang menjadi rebutan setiap negara. Malah, bahan berharga lain, seperti emas, mangan, tembaga, perak dan kuprum, turut berada di tempat ini. Namun begitu, keterbatasan manusia untuk meneroka dasar laut menjadi penghalang dalam usaha ini.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Kosmik Ogos 2018.

Posted in: Daripada Editor

MAKANLAH YANG SELAMAT

Oleh: Mohd. Syukri Anwar

Kecanggihan teknologi kejuruteraan genetik sememangnyadiakui oleh pelbagai ahli sains. Menerusi pencapaian dalamteknologi ini, pelbagai produk baharu dicipta dan digunakan.Produk yang baru dicipta ini mempunyai keupayaan yang tinggidari segi melawan penyakit dan musuh, bersaiz lebih besar danmempunyai produktiviti yang sangat tinggi.

Dalam bidang pertanian atau penternakan, yang paling penting ialah produktiviti penghasilan dan kelangsungan kehidupan. Jika produktiviti meningkat, banyak produk yang dapat dihasilkan. Jika kelangsungan kehidupan dapat ditingkatkan atau tiada yang rosak atau mati, output pertanian dan penternakan menjadi maksimum, seterusnya menguntungkan petani dan penternak. Secara tidak langsung, bekalan makanan daripada produk pertanian dan penternakan dapat dibekalkan pada setiap masa.

Antara kaedah untuk memastikan kejayaan pembekalan makanan termasuklah menghasilkan organisma terubah suai genetik. Organisma ini ialah organisma asal yang menjalani perubahan dari segi genetik, seterusnya membentuk organisma jadian. Perubahan ini pula suatu yang kekal. Oleh sebab itu, organisma ini sukar dihapuskan dan bakal mendominasi kawasan sehingga menyebabkan kepupusan organisma asal.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Kosmik Julai 2018.

Posted in: Daripada Editor

MATI HIDUP SEMULA

Oleh: Mohd. Syukri Anwar

Apabila permainan tercekik (cabaran pass-out) viral dimedia sosial, ada generasi muda yang terpengaruh untukmencubanya. Dalam hal ini, pelbagai pihak memberikanpelbagai komen. Banyak netizen yang mengecam permainan ini,begitu juga pakar kesihatan. Malah, Kementerian Pendidikan Malaysiaturut mengharamkannya. Hal ini disebabkan oleh bahaya yang berlakukesan daripada permainan ini.

Permainan ini menyebabkan pemain yang ditekan dadanya mati (pengsan) dalam tempoh lima saat sebelum hidup (sedar) semula. Oleh sebab permainan ini tidak menyebabkan kesakitan kepada pemainnya, banyak yang terpengaruh untuk mencubanya, iaitu merasai kematian dan hidup semula.

Ketika pemain asyik bermain permainan ini, mungkin tidak terlintas kesan permainan ini dalam fikiran masing-masing. Hal ini disebabkan oleh permainan ini sangat ringkas dan mudah, iaitu hanya melibatkan tekanan pada bahagian dada dan pemain pengsan, seterusnya sedar semula. Oleh sebab itu, secara langsungnya, tidak kelihatan apa-apa mudarat yang boleh berlaku berbanding dengan permainan yang lain yang boleh mencederakan fizikal luaran pemain, seperti luka dan patah.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Kosmik Jun 2018.

Posted in: Daripada Editor