Sinaran Mengion Lonjakkan Prestasi Bidang Perubatan

Oleh: Mohd. Zahri Abdul Aziz

Penggunaan sinaran dalam bidang perubatan berguna untuk merawat penyakit kanser. Di Malaysia, ada lebih 100 ribu orang penghidap kanser yang rata-ratanya berhadapan dengan risiko kematian. Oleh sebab itu, penggunaan sumber sinaran yang bersesuaian dapat menyelamatkan beribu-ribu nyawa manusia menerusi kaedah diagnosis dan rawatan yang ditetapkan oleh pakar onkologi.

Di hospital, ada beberapa jenis sinaran yang dapat digunakan dalam diagnosis dan rawatan perubatan, seperti sinar-X, sinar gama dan partikel beta. Sinar-X ialah suatu bentuk sinaran elektromagnet yang bersifat gelombang dan tidak mempunyai jisim, seperti sinar radio, inframerah, cahaya tampak, ultraungu dan mikrogelombang.

Satu daripada penggunaan sinar-X yang paling kerap digunakan dan memberikan banyak kebaikan adalah dalam bidang perubatan pengimejan. Sinar-X juga digunakan untuk merawat kanser, iaitu dengan menggunakan penjana sinar-X bertenaga tinggi megaelektronvolt (MeV) atau dikenali sebagai pemecut linear (LINAC).

Rencana ini dipetik daripada Majalah Dewan Kosmik Januari 2019.

Posted in: RADIOLOGI