BUMI 2.0 DARI BABYLON KE CYGNUS

Angkasa ialah ruang misteri bagi manusia. Ruang ini tidak berpenjuru, bahkan terlalu luas dan jauh untuk diteroka. Oleh sebab itu, persoalan tentang kebarangkalian kewujudan hidupan lain pada tebaran bintang yang berkelipan sering dicari jawapannya.

Kajian tentang fenomena asas angkasa menerusi pencerapan bintang bukanlah perkara baharu yang dilakukan oleh pakar astronomi. Berdasarkan sejarah, kebanyakan rekod cerapan bintang dimulakan oleh penggembala kambing biri-biri. Di Babylon, pada waktu malam, bintang dan kedudukannya dilihat oleh penggembala supaya perubahan musim yang akan berlaku diketahui. Dengan pengetahuan ini, haiwan ternakan dapat dipindahkan ke kawasan yang lebih sesuai.

Sebahagian daripada rekod tertua cerapan bintang diperoleh dari China. Berdasarkan rekod ini, bintang cerap yang dikenali sebagai Nova dicerap pada tahun 2679 SM dan lintasan komet dicerap pada tahun 2316 SM. Pada kurun ke-11 SM, direkodkan bahawa kedudukan Matahari berdekatan dengan bintang Beta Aquarii dan Sagitarii.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Kosmik, Oktober 2015.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Sains Angkasa

Hantar Maklum Balas Anda