RAHSIA ALAM BAKAL DIBUKA

Kini, ada empat daya kuasa yang wujud di alamsemesta ini yang diterima oleh ahlisains. Daya ini terdiri daripada dayagraviti, daya elektromagnet, dayakuasa kuat dan daya kuasa lemahnuklear. Keempat-empat dayakuasa ini ialah daya asas kuasayang saling berinteraksi. Berhubungdengan daya graviti, ahli sains masihmencari kefahaman yang tuntas tentangciri gelombang graviti yang disangka dapatmeleraikan banyak persoalan tentang alamsemesta.
Menerusi kemajuan sains dan teknologi, banyak ilmu pengetahuan yang memberikan kefahaman kepada manusia tentang rahsia alam semesta. Ilmu ini berdasarkan pemerhatian gelombang terhadap elektromagnet yang merangkumi cahaya tampak, sinar inframerah, sinar-X dan sinar gama.
Pada 100 tahun dahulu (tahun 1916), berdasarkan teori kerelatifan Albert Einstein kewujudan satu lagi bentuk gelombang yang lain daripada yang lazimnya diketahui, iaitu gelombang graviti, diramalkan. Gelombang graviti ialah satu bentuk gangguan dalam fabrik ruang waktu yang dicetuskan oleh tindakan objek yang sangat besar, seperti lohong hitam, supernova dan bintang neutron.
___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Kosmik, Disember 2016.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Sains Angkasa

Hantar Maklum Balas Anda