PENJAGAAN ALAM USAHA SAMA KOMUNITI

Bagi membuka mata dan minda masyarakat terhadap kepentingan pengurusan sisa pepejal, Dewan Bahasa dan Pustakamenerbitkan buku bertajuk Pengurusan Sisa Pepejal di Malaysia: Pendekatan Komuniti. Menerusi buku ini, pelbagai manfaat dapat diperoleh untuk menangani isu pencemaran alam yang berpunca daripada pembuangan sisa pepejal. Usaha untuk menyeru komuniti melibatkan diri dalam pengurusan sisa pepejal mendatangkan banyak kebaikan kepada kehidupan manusia dan alam sekitar. Pencemaran sisa pepejal merujuk kesan sejumlah buangan sisa pepejal menerusi pelbagai aktiviti. Antaranya termasuklah daripada aktiviti penjana sumber di kawasan perumahan, perniagaan, institusi dan industri. Pelibatan komuniti ialah komponen penting dalam pengurusan sisa pepejal yang lebih berkesan. Dalam konteks ini, komuniti tempatan bertanggungjawab untuk menguruskan sisa pepejal yang dihasilkan daripada aktiviti harian. Hal ini menunjukkan bahawa komuniti ialah aspek utama dalam kejayaan sistem pengurusan sisa pepejal. ___ Rencara ini dipetik daripada Dewan Kosmik September 2016. Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Buku

Hantar Maklum Balas Anda