Sinaran Mengion dalam Kehidupan

Oleh: Aznan Fazli Ismail

Kata, seperti radioaktif dan sinaran (radiasi), sinonim dalam masyarakat, bahkan sering digunakan dalam perbualan harian, terutamanya apabila berlakunya kemalangan yang berkaitan dengan nuklear. Masyarakat awam sering menjadikan perkara ini sebagai isu yang menarik untuk dibualkan tanpa mengetahui dan memahami maksud sebenar kata ini.

Secara tidak langsung, keadaan ini dapat menyebabkan salah faham dan kadangkala menyimpang jauh daripada kebenaran. Akhirnya, persepsi negatif terhadap nuklear wujud dalam masyarakat. Sehubungan dengan itu, pengetahuan dan kefahaman sebenar tentang kata radioaktif dan sinaran (radiasi) dapat membantu masyarakat untuk memahami isu nuklear dengan lebih baik.

Pengetahuan asas tentang struktur atom dapat membantu masyarakat untuk memahami asal usul sinaran. Secara umumnya, setiap bahan atau benda yang berada di keliling manusia dibentuk menerusi gabungan bahan asas, iaitu unsur kimia.

Sehingga kini, ada 118 unsur kimia berlainan jenis yang dikenal pasti oleh manusia. Unsur kimia ini wujud secara semula jadi. Unsur terkecil bagi setiap unsur kimia ini dikenali sebagai atom. Sifat atom pula berbeza-beza berdasarkan jenis unsur kimia.

Spektrum sinaran elektromagnet.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Kosmik April 2018

Hantar Maklum Balas Anda