Gigi Putih Bukan Mustahil

Oleh: Sa’adiah Shahabudin

Masalah warna gigi sering dihadapi oleh wanita yang secara semula jadinya lebih mementingkan kecantikan. Warna gigi dipengaruhi oleh faktor dalaman (intrinsik) atau faktor luaran (ekstrinsik). Faktor intrinsik ialah perubahan warna pada gigi secara semula jadi.

Ada orang yang dilahirkan dengan warna gigi yang kuning, perang atau kekelabuan, bertompok-tompok dan berkombinasi warna. Warna sebegini terbentuk disebabkan oleh komposisi gigi yang berpunca daripada pengambilan ubat tertentu pada peringkat janin, atau kekurangan zat makanan, faktor genetik atau gangguan ketika pembentukan struktur gigi.

Antara gangguan yang berlaku pada pembentukan lapisan dentin dan enamel gigi termasuklah dentin displasia dan ameloginesis imperfekta. Pengambilan ubat, seperti tetrasiklin dan ciproflokasin, ketika mengandung boleh menyebabkan gigi bayi berwarna perang kelabu. Fluorida yang berlebihan di dalam air minuman menyebabkan fluorosis, iaitu warna gigi tidak sekata. Faktor penuaan juga menyebabkan warna gigi menjadi lebih kekuningan.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Kosmik Mei 2018.

Posted in: Sains Pergigian

Hantar Maklum Balas Anda