Tuberkulosis Ternakan Ruminan

Oleh: Azri Adzhar

Tuberkulosis (TB) ialah masalah global dalam penternakan ruminan, khususnya lembu dankerbau. Penyakit ini menahun, manakala kumannya bersembunyi dan mengelak daripadadikesan oleh sel pertahanan badan, serta muncul pada suatu masa yang tidak dijangka. Dinegara yang melaksanakan program pembasmian TB, kebanyakan lembu yang dijangkiti dikenalpasti pada peringkat awal. Oleh sebab itu, tiada jangkitan bergejala (simptomatik).

Banyak negara membangun berjaya membendung atau mengurangkan prevalens penyakit ini dengan menggunakan kaedah uji dan takai terhadap stok ternakan. Walau bagaimanapun, di kebanyakan negara yang sedang membangun, yang tiada infrastruktur untuk mengesan penyakit dan tiada sistem pemantauan dan program pembasmian, TB masih suatu ancaman bagi ternakan dan manusia.

Pada lembu, TB biasanya berlaku sebagai penyakit kronik dan menyebabkan lembu lemah dan kurus. Kadangkala, TB ini akut dan melarat dengan cepatnya. Pada peringkat awal jangkitan, penyakit ini biasanya tidak bergejala (asimptomatik). Bakteria Mycobacterium bovis ialah penyebab TB bovin (lembu). Bakteria ini disebarkan kepada manusia menerusi susu daripada lembu terjangkit dan titisan aerosol.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Kosmik Mei 2018.

Posted in: Sains Veterinar

Hantar Maklum Balas Anda