PEMAKANAN KANAK-KANAK PWS

Oleh: Norsahidah Mod Yusof

Sindrom prader willi (PWS) ialah sindrom genetik yang memberikan kesan buruk kepada kebanyakan tubuh badan. Ketika bayi, keadaan ini dikenali sebagai tonus otot yang lemah. Bayi ini mengalami masalah untuk makan dan pertumbuhan tubuh badannya terbantut.

Pada waktu kanak-kanak, penghidap sindrom ini mengalami masalah untuk mengawal selera makan sehingga menyebabkannya obesiti. Jika masalah obesiti ini tidak dibendung sejak awal, pesakit ini menghidap penyakit kencing manis, kolesterol tinggi, masalah jantung dan darah tinggi pada usia yang sangat muda. Kanak-kanak ini juga mengalami masalah dalam pelajaran.

Ciri tambahan bagi kanak-kanak PWS ialah dahi yang sempit, mata berbentuk badam, kedudukan yang pendek, serta tapak kaki dan tangan yang kecil. Sesetengah pesakit yang menghidap sindrom ini mempunyai kulit yang sensitif, gigi yang rapuh, rambut yang berwarna perang dan alat kelamin yang kurang berkembang.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Kosmik Jun 2018.

Posted in: Sains Pemakanan

Hantar Maklum Balas Anda