FAKTOR ABIOTIK ORGANISMA

Oleh: Syazuani Mohd. Shariff

Habitat diterjemahkan sebagai tempat tinggal bagi setiap organisma. Habitat dipilihberdasarkan beberapa faktor. Antaranya termasuklah faktor abiotik. Faktor ini terdiridaripada benda bukan hidup yang dapat mempengaruhi taburan organisma disesuatu tempat. Contoh faktor abiotik ialah kemasinan, keamatan cahaya, kepekatan nutrienkelembapan, suhu dan iklim.

Kemasinan didefinisikan sebagai kepekatan garam di dalam air dan tanah. Kadar kemasinan air menyebabkan berlakunya proses osmosis di dalam badan organisma yang boleh menyebabkan kematian jika tidak ditangani dengan baiknya. Kawasan bakau sering mengalami tahap kemasinan yang berubah-ubah kerana dipengaruhi oleh pasang surut air laut, musim hujan dan gerakan air sungai.

Bagi sesetengah pokok, seperti pokok bakau, ada satu sistem, iaitu daunnya mempunyai kelenjar garam yang berfungsi untuk mengeluarkan garam yang berlebihan. Hal ini untuk mengelakkan berlakunya proses osmosis. Laut mati di Jordan juga mempunyai tahap kemasinan yang sangat tinggi sehingga menyebabkan tiada tumbuhan hidup di kawasan itu.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Kosmik Jun 2018.

Posted in: Sains Tumbuhan

Hantar Maklum Balas Anda