ANISAKIASIS BUKAN PENYAKIT BAHARU

Oleh: Azri Adzhar

Di Malaysia, sardin mempunyai maksud yang pelbagai. Sardin merujuk produk makanan yang diperbuat daripada beberapa jenis ikan laut yang diproses dan ditinkan, biasanya dicampurkan sos tomato. Sebagai contohnya, sardin makarel mengandungi ikan makarel daripada keluarga Scombridae. Sardin juga merujuk ikan kecil kumpulan hering daripada keluarga Clupeidae, seperti ikan tamban.

Penemuan cacing di dalam sardin import bukan isi baharu di Malaysia, walaupun tular berita kekerapan penemuan cacing mati di dalam sardin belakangan ini. Dalam isu ini, sekurang-kurangnya lapan jenama sardin didapati bercacing. Dalam hal ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan penemuan larva cacing Anisakis spp dan mengenakan tindakan tahan, uji dan lepas terhadap pengimportan produk ikan di dalam tin.

Tahan, uji dan lepas ialah tindakan apabila sampel diambil untuk dianalisis. Produk ini hanya diluluskan untuk pasaran jika tiada pelanggaran dikesan, iaitu tiada cacing ditemukan. Dalam isu ini, Agensi Penguatkuasaan Malaysia (MAQIS) menahan dua kontena sardin tin bercacing di pelabuhan Pulau Pinang.

Cacing ialah parasit alami bagi ikan.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Dewan Kosmik September 2018.

Posted in: Sains Veterinar

Hantar Maklum Balas Anda