SARANG LABAH-LABAH BUKAN BENANG BIASA

Oleh: Mohd. Syukri Anwar

Aspirasi dan impian untuk bergelar negara maju bukan suatu matlamat yang mudah. Sesebuah negara itu memerlukan komitmen daripada semua pihak dan modal insan yang berpengetahuan tinggi untuk merealisasikannya. Teknologi pula ialah alat penting yang menjadi tunjang ke arah negara maju ini. Tanpa teknologi, cita-cita ini hanya menjadi angan-angan kosong yang tidak mungkin tercapai sehingga bila-bila.

Oleh sebab itu, teknologi ialah asas yang perlu dikuasai. Menerusi teknologi inilah, proses untuk bergelar negara maju dapat berlaku secara pantas pada masa yang diinginkan. Satu daripada teknologi yang kian berkembang pesat yang sangat penting ialah teknologi biobahan. Teknologi ini mengkaji bahan biologi atau bahan semula jadi untuk dijadikan sebagai bahan yang dapat menggantikan bahan sintetik. Hal ini dikatakan demikian kerana seiring dengan masa, banyak kelemahan yang ditemukan pada bahan sintetik.

Pencarian bahan biologi oleh ahli sains menemukan rahsia sarang labah-labah. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh ahli sains, sarang labah-labah didapati mempunyai susunan serat yang sangat padat. Struktur seratnya pula mempunyai kandungan protein yang sangat tinggi. Ciri ini menyebabkan daya keanjalan sarang labah-labah sangat tinggi, iaitu antara tiga hingga lima kali daya keanjalan nilon dan kevlar.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Dewan Kosmik November 2018.


Posted in: Daripada Editor

Hantar Maklum Balas Anda