BURUJ PEGASUS SEGI EMPAT BESAR

Oleh: Kassim Bahali

Langit malam yang cerah dihiasi objek cakerawala, sepertiburuj. Buruj dikenali sejak tamadun awal manusia. Adacatatan sejarah tentang buruj. Al-Quran juga menyatakan perihal buruj.

Pada abad kedua, Ptolemy, ahli falak Mesir, menyenaraikan 48 buruj di langit pada zaman itu. Ptolemy dilahirkan pada tahun 100 Miladi dan menetap di Alexandaria (Iskandariah) di Mesir. Beliau ahli matematik, ahli geografi dan ahli nujum. Beliau menghasilkan karya astronomi yang hebat, iaitu Almagest, yang menjadi rujukan bagi sarjana Byzantine, sarjana Islam dan sarjana Eropah.

Pengkata logan buruj satu daripada sumbangan Ptolemy yang diiktiraf sehingga kini. Ada 48 buruj yang dikatalogkannya. Antaranya termasuklah buruj Aries, Auriga, Capricon, Sagitarius, Leo, Taurus dan Pegasus. Buruj Pegasus lebih dikenali sebagai buruj segi empat besar kerana bentuknya seperti satu segi empat. Buruj ini terletak di hemisfera utara. Bagi penduduk di hemisfera utara, Pegasus dapat dilihat pada akhir musim panas sehingga musim luruh. Bagi penduduk di hemisfera selatan, Pegasus dapat dilihat pada akhir musim sejuk sehingga musim bunga. Bagi penduduk yang tinggal berdekatan dengan khatulistiwa, buruj ini dapat dilihat antara bulan Julai hingga bulan Disember.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Dewan Kosmik November 2018.
Posted in: Astronomi

Hantar Maklum Balas Anda