SARANG LABAH-LABAH POLIMER BERPRESTASI TINGGI

Oleh: Benedict Anak Samling

Pada zaman ini, teknologi biobahan menjadi tumpuan dunia dan makin berevolusi sejak berjuta-juta tahun dahulu. Bahan yang berasaskan biologi atau bahan daripada benda hidup yang paling popular ialah kulit haiwan. Pada suatu tahap, kulit haiwan diharamkan untuk dijual beli kerana menyebabkan haiwan diancam kepupusan disebabkan oleh aktiviti pemburuan yang tidak terkawal.

Tulang haiwan tertentu juga sering dijadikan sebagai sumber bahan mentah dalam pembangunan sesuatu produk. Walau bagaimanapun, tulang haiwan tidak cukup kuat dalam pembinaan sesuatu struktur kerana kandungan bahan kimia di dalam tulang tidak stabil. Hal ini menyebabkan struktur tulang menghakis dan mereput dalam tempoh tertentu.

Pada awal tahun 2015, ahli sains menemukan bahan biologi yang sangat kukuh strukturnya. Bahan ini mempunyai struktur serat yang sangat tinggi kandungan protein dan susunan serat yang sangat padat. Hal ini menjadikan bahan ini sangat kukuh berbanding dengan struktur polimer yang ada pada masa ini.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Dewan Kosmik November 2018.


Posted in: Fokus

Hantar Maklum Balas Anda