SERANGAN EPILEPSI

Oleh: Nurfaten Hamzah dan Sharifah Aida Shekh Ibrahim

Epilepsi dicirikan dengan keadaan seseorang yang secara tiba-tiba jatuh dan tidak sedarkan diri, kemudian tubuhnya kaku dan kejang. Apabila epilepsi berlaku, orang yang di sekitarnya dinasihati untuk menunggu dan membiarkan mangsa sehingga serangannya reda.

Walau bagaimanapun, menurut Liga Antarabangsa terhadap Epilepsi (ILAE), jika serangan epilepsi berlarutan melebihi lima minit dan mangsa masih belumsedarkan diri, petugas ambulans atau paramedik perlu dihubungi segera.

Berdasarkan data daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 2016, epilepsi berada pada kedudukan ketiga dalam penyakit gangguan kronik sistem saraf (neurologi) di dalam otak selepas penyakit strokdan Alzheimer. Secara puratanya, dianggarkan bahawa 2.4 juta orang didiagnosis menghidap penyakit epilepsi pada setiap tahun dan antara 40 orang hingga 70 orang daripada 100 ribu populasi menghidap epilepsi dalam kalangan negara membangun, termasuklah Malaysia.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Dewan Kosmik November 2018.
Posted in: Sains Neuron

Hantar Maklum Balas Anda