BBC MICRO:BIT MUDAHKAN PENDIDIKAN KOMPUTER

Oleh: Farizul

BBC micro:bit ialah komputer mini yang hebat yang dapat membantu dan mengajar seseorang itu tentang pengaturcaraan. BBC micro:bit dihasilkan berdasarkan sistem tertanam ARM yang direka oleh BBC untuk digunakan dalam pendidikan komputer di United Kingdom.

Saiz BBC micro:bit ialah 42 mm x 52 mm, iaitu lebih kurang sama dengan saiz separuh kad pengenalan. BBC micro:bit mempunyai pemprosesan ARM Cortex-M0, penderia pemecut dan penderia magnetometer, sambungan Bluetooth dan bas bersiri semesta (USB), paparan yang terdiri daripada 25 biji diod pancaran cahaya (LED) dandua suis butang yang dapat daripada diprogramkan. Unit ini dapat dikuasakan dengan menggunakan penyambungan USB atau pek bateri luaran yang berkapasiti 3.3 V.

Ada dua editor kod rasmi untuk micro:bit ini, iaitu Editor Block Java Script dan Editor Phyton. Kedua-dua editor ini boleh didapati di laman sesawang rasmi Yayasan Pendidikan Micro:bit.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Dewan Kosmik November 2018.

Posted in: TEKNOLOGI

Hantar Maklum Balas Anda