PENYAKIT KUKU DAN MULUT JANGKITI HAIWAN

Oleh: Azri Adzhar

Penternakan haiwan ialah bidang yang berpotensi untuk memberikan keuntungan yang lumayan kepada pengusahanya apabila ancaman penyakit dapat diatasi dengan sebaik-baiknya. Satu daripada penyakit yang mengancam ternakan ialah penyakit kuku dan mulut (FMD). Penyakit ini ialah penyakit haiwan berkuku telapuk, seperti lembu, kerbau, kambing,biri-biri, babi dan rusa. Penyakit ini berlaku disebabkan oleh virus Aphthovirus daripada keluarga Picornaviridae.

Penyakit ini berbeza daripada penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) manusia yang menyerang kanak-kanak. Penyakit HFMD berlaku disebabkan oleh virus Coxsackie dan Enterovirus 71 daripada genus Enterovirus. Kedua-dua virus Aphthovirus dan Enterovirus ini bersifat spesifik spesies. Hal ini bermakna manusia tidak mungkin menghidap FMD, manakala haiwan pula tidak mungkin menghidap HFMD.

Wabak HFMD yang signifikan di Malaysia berlaku pada tahun 1997, iaitu diSarawak. Dalam wabak ini, 31 kanak-kanak mati disebabkan oleh masalah jantung, iaitusatu daripada ciri penyakit HFMD.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Dewan Kosmik November 2018.

Posted in: Sains Veterinar

Hantar Maklum Balas Anda