PENGKOMPUTERAN KECERDASAN HASIL INSPIRASI KEHIDUPAN SEBENAR

Oleh: Mohd. Helmy Abd. Wahab dan Mohamad Farhan Mohamad Mohsin

Pengkomputeran kecerdasan, secara relatifnya ialah suatu disiplin baharu yang diadaptasi daripada realiti kehidupan sebenar. Perkara ini merangkumi pelbagai aspek, seperti kehidupan manusia, haiwan dan tumbuhan, serta alam sekitar. Proses adaptasi ini berlaku hasil inspirasi daripada proses yang berlaku dalam kehidupan, seperti cara manusia berfikir, serta kelakuan manusia dan haiwan.

Istilah pengkomputeran kecerdasan diperkenalkan oleh James Bezdek pada 20 tahun yang lalu. Istilah ini merujuk penyelesaian masalah yang berasaskan komputer daripada inspirasi kehidupan sebenar. Bidang ini menggunakan pendekatan sokongan sains dan teknologi untuk menganalisis, menciptadan membangunkan sistem pintar.

Istilah ini juga digunakan secara rasmi dalam persidangan Majlis Rangkaian Neural Institut Jurutera Elektrik dan Elektronik dan Kongres Dunia tentang Perisian Pengkomputan Institut Jurutera Elektrik dan Elektronik pada tahun 1994 yang berlangsung di Orlando, Florida. Selain itu, istilahini digunakan secara meluas dalam penyelidikan dan penerbitan algoritma baharu yang berinspirasikan kehidupan sebenar.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Dewan Kosmik November 2018.

Posted in: Sains Komputer

Hantar Maklum Balas Anda