BUAH AJAIB POKOK SERIBU MANIS

Oleh: Chua Hun Pin

Pokok buah ajaib (Synsepalum dulcificum atau Sideroxylon dulcificum) ialah tumbuhan renek yang berasal dari Afrika Barat, khususnya Ghana dan Nigeria. Tumbuhan yang matang mengeluarkan bunga putih kecil yang terlindung di bawah pangkal helaian daun.

Bunga pokok ini berkembang menjadi buah jenis beri yang berbentuk lonjong yang berukuran antara 2 cm hingga 3 cm panjang. Buah ini seakan-akan bentuk buah kopi, berwarna hijau ketika muda dan berubah menjadi merah ceri setelah masak. Isi buahnya berwarna putih, mempunyai rasa masam dan manis, seperti strawberi. Setiap buahnya pula mengandungi satu biji.

Tumbuhan malar hijau ini berasal daripada keluarga Sapotaceae. Penemuan tumbuhan ini dilaporkan kali pertama pada tahun 1725 oleh pengkaji berbangsa Perancis, Chevalier des Marchais, dalamekspedisi ke Afrika Barat. Chevalier mengenali keunikan buah ajaib ini setelah memerhatikan amalan masyarakat orang asli yang mengunyah buah ini setiap kali sebelum makan.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Dewan Kosmik November 2018.

Posted in: Sains Tumbuhan

Hantar Maklum Balas Anda