EKSTRAK BIJI RAMBUTAN RAWAR AIR BAWAH TANAH

Oleh: Aweng Eh Rak

Air ialah keperluan dalam kehidupan harian, sama ada bagi tumbuhan, haiwan atau manusia.  Ada tiga sumber utama air di dunia bagi kegunaan domestik, iaitu air sungai, air tasik dan air bawah tanah. Namun begitu, disebabkan oleh masalah pencemaran dan perubahan iklim dunia, lebih daripada 50 peratus penduduk dunia bergantung pada air bawah tanah bagi kegunaan domestik.

Di Kelantan lebih kurang 70 peratus daripada jumlah bekalan air minuman diperoleh daripada air bawah tanah. Sebahagiannya diperoleh daripada telaga yang dikorek oleh penduduk bagi kegunaan harian. Sebahagian lagi diperoleh daripada telaga besar yang digunakan oleh syarikat pembekal air minuman untuk membekalkan air kepada penduduk.

Di dalam tanah, logam berat wujud secara semula jadi. Kepekatannya pula berada di bawah tahap yang dibenarkan. Dengan kepesatan perindustrian, pertumbuhan penduduk dan aktiviti pertanian yang luas, kadar pencemaran di sekitaran semula jadi, terutamanya air bawah tanah, makin meningkat. Kota Bharu, Tumpat,Pasir Mas dan Tanah Merah adalah antara daerah yang penduduknya menggunakan air telaga secara meluas sebagai sumber air minuman bagi kegunaan harian.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Dewan Kosmik November 2018.

Posted in: Bioteknologi

Hantar Maklum Balas Anda