MISI SEDUT

Oleh: Wan Wizana Hashim

Kakinya melangkah laju memasuki pintu utama Menara DNW setinggi 45 tingkat itu. Sekurang-kurangnya, lima hari seminggu dia berada di menara itu. Ada kalanya, pada hujung minggu juga, Dayana terpaksa menggagahkan dirinya untuk hadir ke menara itu.

Kawalan keselamatan di Menara DNW itu cukup ketat dan dilengkapi tapisan keselamatan berteknologi tinggi. Ada lima tapisan keselamatan yang perlu dilepasi sebelum Dayana tiba dimeja kerjanya. Tapisan pertama perlu diakses dengan menggunakan kad pekerja elektronik pada pintu masuk utama. Tapisan kedua pula melibatkan pengesanan cap ibu jari.

“Selamat pagi, Cik Dayana,” ucap pengawal keselamatan di palang masuk tapisan kedua.

“Selamat pagi,” balas Dayana dengan senyuman mesra.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Dewan Kosmik November 2018.

Posted in: Cerpen

Hantar Maklum Balas Anda