ATLAS SEL RUJUKAN SEL LENGKAP

Oleh: Mohd. Syukri Anwar

Homo sapiens, iaitu manusia bijak dalam bahasa Latin, ataulebih dikenali sebagai manusia secara umumnya ialah makhlukyang mendominasi alam ini sejak kewujudan Nabi Adam a.s.yang menjadi manusia pertama di planet Bumi ini. Manusia sangat istimewa kerana mempunyai akal yang membezakannya daripada makhluk lain. Dengan akal inilah, manusia meneroka dan mengkajiapa-apa sahaja yang dilihatnya, termasuklah dirinya sendiri.

Kajian tentang diri manusia itu sendiri mewujudkan satu bidang khusus yang dikenali sebagai anatomi, iaitu kajian tentang struktur tubuh. Menerusi bidang anatomi ini, manusia dapat mengenali bahagian atau organ yang membina dirinya sendiri, sama adayang dapat dilihat di bahagian luar badan atau yang terselindung dibahagian dalam badan. Bahagian ini termasuklah kepala, badan, kaki,tangan dan kulit di bahagian luar badan dan jantung, paru-paru, usus, buah pinggang dan otak di bahagian dalam badan.

Seiring dengan perkembangan teknologi mikroskop, kajian tentang manusia turut berkembang dan mewujudkan satu lagi bidang baharu,iaitu histologi. Bidang ini mengkaji sel dan tisu yang diambil daripada bahagian atau organ manusia. Menerusi bidang ini, manusia dapat melihat bentuk organ secara lebih terperinci pada saiz yang lebih kecil. Tanpa disedari, hasil pemerhatian dalam bidang histologi ini menyingkap 1001 rahsia besar yang menentukan ciri dan bentuk manusia secara luarannya.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Dewan Kosmik Disember 2018.

Posted in: Daripada Editor

Hantar Maklum Balas Anda