APLIKASI WAKTU SOLAT BANTU PENUMPANG PESAWAT PENERBANGAN

Oleh: Kassim Bahali

Berdasarkan statistik daripada Pusat Aviasi dan Lapangan Terbang Malaysia (CAPA), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mengendalikan lebih daripada 50 juta penumpang pesawat penerbangan pada tahun 2017. Sebahagian besar daripada penumpang pesawat ini (yang bermusafir), termasuklah krew pesawat ialah yang beragama Islam. Sebagai Muslim, tanggungjawab untuk menunaikan ibadat solat perlu dilaksanakan walaupun berada di dalam pesawat penerbangan.

Ada masalah yang dihadapi oleh penumpang yang menaiki pesawat penerbangan awam. Masalah ini adalah untuk mengetahui waktu solat atau waktu berbuka puasa ketika berada di dalampesawat yang berada pada ketinggian 30ribu kaki di udara. Apabila tiada panduan waktu solat yang disediakan di dalam pesawat, timbul kegusaran kepada penumpang untuk menunaikan solat.

Dengan bilangan penumpang pesawat yang makin meningkat pada setiap tahun, keperluan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penumpang Muslim, iaitu mengetahui waktu solat di dalam pesawat dengan tepatnya, menjadi penting. Oleh sebab itu, kajian waktu solat dalam penerbangan dilakukan oleh Persatuan Falak Syar’i Malaysia (PFSM) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) dan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS).

Rencana ini dipetik daripada Majalah Dewan Kosmik Disember 2018.

Posted in: Astronomi

Hantar Maklum Balas Anda