INISIATIF ATLAS SEL

Oleh: Amir Ayat

Sel ialah unit berfungsi terkecil di dalam tubuh manusia. Sel ditemukan pada tahun 1665 oleh Robert Hooke dengan bantuan mikroskop rekaannya. Pada masa itu, mikroskopialah teknologi visual yang amat progresif. Penemuan ini membuka suatu lembaran baharu dalam penerokaan ilmu anatomi dan fisiologi manusia sebagai asas untuk memantapkan keupayaan kemandiriannya.

Tanpa sel yang berfungsi ini, tiadalah manusia. Setelah lebih tiga abad, sel masih mempunyai banyak misteri. Pengamal disiplin ilmu biologi sel masih terus meneroka untuk mengenal pasti semua komponen molekular sel dan hubungan antara setiap komponen ini. Data mekanisme perubahan komponen ini juga masih berada pada tahap yang dangkal.

Antara usaha penerokaan besar mutakhir ini untuk mengukuhkan pengetahuan tentang sel termasuklah inisiatif atlas sel (CAI). Inisiatif ini dilancarkan pada pertengahan Oktober 2017 di Rehovot, Israel. Idea tentangnya berkonsepkan hasil gabungan kesedaran terhadap kecanggihan teknologi penyelidikan dan pengimejan sel serta keperluan yang mendesak terhadap fakta dan data tentang seldan mekanismenya. Dalam hal ini, teknologi visual yang makin beresolusi tinggi membantu mencipta sejarah kearah meningkatkan kualiti kemandirian manusia.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Dewan Kosmik Disember 2018.

Posted in: Fokus

Hantar Maklum Balas Anda