SETUMBAK MERAH BUKAN SEKADAR RUMPAI

Oleh: Wei Chong

Setumbak merah atau Emilia Cass. berasal daripada keluarga Asteraceae. Genus bagi tumbuhan ini mempunyai lebih kurang 116 spesies. Tumbuhan daripada genus ini kompleks disebabkan oleh kepelbagaian variasi spesiesnya. Pengenalan spesies tumbuhannya sukar kerana proses pengeringan menyebabkan beberapa ciri penting dalam proses pengenalan tumbuhan ini hilang.

Populasi genus tumbuhan ini bertaburan luas di sekitar kawasan tropika dan subtropika. Selain itu, ciri tertentu dikenal pasti oleh pengkaji bagi spesies tumbuhan ini. Hal ini ditumpukan terhadap cara hidup, bentuk, tekstur, bahagian sisi daun, bentuk dan panjang reseptakel, kehadiran floret serta warnanya, panjang dan bentuk korola, serta permukaan aken. Nama lain bagi tumbuhan ini ialah “Cupid’s Shaving Brush”, “Clavelito”, “Ying Rong Hua”, “Clavelillo” dan “Pincelito”.

Tumbuhan ini dapat hidup antara satu tahun hingga dua tahun. Batang tumbuhan ini tumbuh secara menegak dan bercabang. Namun begitu, ada juga batangnya yang tumbuh tanpa cabang. Ketinggian tumbuhan ini yang direkodkan adalah antara 100–150 cm. Tumbuhan yang bersaiz kecil pula mempunyai ketinggian antara 10–20 cm.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Dewan Kosmik Disember 2018.

Posted in: Sains Tumbuhan

Hantar Maklum Balas Anda