Jangkitan Kampilobakter Daging Ayam

Oleh: Azri Adzhar

Berdasarkan kajian yang direkodkan dalam Jurnal of Veterinary Medical Sciene pada tahun 2012, dilaporkan bahawa 61 peratus rumah sembelihan (abatoir) ayam di Malaysia positif terhadap bakteria kampilobakter. Sumber sampel ayam ini diambil daripada 24 ladang dari enam negeri Semenanjung Malaysia. Sebanyak 85.6 peratus sampel ayam sembelihan di pasar basah pula positif terhadap bakteria kampilobakter. Bagi kedua-dua fasiliti ini, kebanyakan organismanya daripada spesies Campylobacter jejuni, iaitu 70 peratus.

Ujian dilakukan dengan mengambil sampel calitan pada kulit leher ayam sembelihan karkas ayam atau “ayam bulat” dari abatoir dan pasar basah dengan keputusan positif 38.9 peratus dan 93.3 peratus, masing-masing. Perbezaan tiga kali ganda ini berlaku disebabkan oleh proses penyembelihan ayam di abatoir melibatkan karkas ayam yang didinginkan pascaproses sebagai langkah keselamatan makanan.

Yang sebaliknya, bagi sembelihan ayam di pasar basah, karkas ayam diletakkan di atas meja jualan tanpa kemudahan pendingin dan pelanggan terus membeli dan membawanya pulang tanpa didinginkan. Hal ini berkaitan dengan pilihan pengguna bagi daging yang dianggap sebagai segar.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Dewan Kosmik Disember 2018.

Posted in: Sains Veterinar

Hantar Maklum Balas Anda