DUA ALAM

Oleh: Lee Keok Chin

Bekalan oksigen bersih terhad dan suatu hari nanti pasti habis. Begitulah pengumuman terbaharu daripada pihak pentadbir bangunan. Ketika membuat keputusan untuk berkurung di dalam bangunan Noah ini, kami menyangka bahawa bekalan oksigen bersih dapat diperoleh secara berterusan kerana adanya sistem kitar semula oksigen. Namun begitu, bekalan oksigen bersih jelas makin berkurang. Oleh sebab itu, bermulalah resolusi catuan oksigen bersih.

“Kita perlu mencari jalan supaya kita bebas bergerak di luar bangunan ini.” Begitulah pendapat penduduk anggota majlis tertinggi bangunan Noah.

Impian untuk bergerak bebas di luar bangunan Noah menjadi mimpi dan harapan bagi penduduk di bangunan itu. Impian ini bukan impian baharu, tetapi sudah ada sejak berpindah ke bangunan Noah lagi. Bangunan Noah dikenali sebagai bangunan, tetapi yang lebih tepat ialah kapal selam kerana seluruh bangunan ini terbenam atau tenggelam di bawah paras air.

Dari kaca tebal jendela bangunan Noah, jelas kelihatan pemandangan sekitaran. Makhluk yang rupanya seperti manusia yang dikenali sebagai Adam dan Hawa cukup menarik perhatian penghuni bangunan Noah. Rupa Adam dan Hawa sama seperti manusia.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Dewan Kosmik Disember 2018.

Posted in: Cerpen

Hantar Maklum Balas Anda