Gerhana Separa Matahari

Oleh: Kassim Bahali

Tirai acara astronomi 2019 dimulakan dengan gerhana Matahari. Gerhana yang berlaku pada kali ini ialah gerhana Matahari yang pertama daripada tiga gerhana Matahari yang berlaku pada tahun 2019. Gerhana Matahari pada kali ini dikategorikan
sebagai gerhana separa.

Gerhana Matahari ialah fenomena yang berlaku sejak zaman dahulu yang menarik perhatian manusia untuk memerhatikan dan mengkajinya. Peminat dan pencerapnya sanggup berkorban untuk pergi ke lokasi gerhana walaupun jaraknya beribu-ribu kilometer semata-mata untuk melihat gerhana secara langsung.

Aktiviti melihat dan memerhatikan gerhana Matahari dengan pandangan mata kasar ialah suatu kepuasan kerana fenomena gerhana Matahari ialah suatu yang menakjubkan. Fenomena ini menakjubkan kerana bintang yang terang dan saiznya yang 1.3 juta kalisaiz Bumi ini hilang cahayanya beberapa ketika apabila ditutupi oleh Bulan yang saiznya lebih kecil berbanding dengan Bumi dan Matahari. Sebagai kesannya, waktu siang yang terang beransur-ansur malap.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Dewan Kosmik Januari 2019.

Posted in: Astronomi

Hantar Maklum Balas Anda