Pemisah Tenaga Getaran Selamatkan Bangunan

Oleh: Mohd. Azli Salim

Pada 5 Jun 2015, pukul 7.15 pagi, Sabah mengalami gegaran gempa bumi di kawasan Ranau. Kawasan ini amat berhampiran dengan Gunung Kinabalu. Pusat Gempa Bumi dan Tsunami Nasional merekodkan bacaan gegaran setinggi 6.0 skala Richter. Gegaran ini turut dirasai sehingga Tambunan, Tuaran, Pedalaman, Kota Belud, Kota Kinabalu, Kudat dan Likas. Sebanyak 54 gegaran susulan direkodkan dengan bacaan antara 2.2–3.3 skala Richter.

Selepas kejadian gempa bumi ini, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar mengesahkan bahawa batu dan banyak bongkah batu jatuh di kawasan Gunung Kinabalu. Yang amat memeranjatkan lagi, batu ini jatuh di kawasan pendakian pelancong.

Selain itu, Pihak Berkuasa Tempatan juga merekodkan bahawa kebanyakan bangunan tinggi di sekitar kawasan gegaran mengalami gegaran ini. Langkah keselamatan diambil, iaitu mengosongkan bangunan dengan serta-merta untuk memastikan keselamatan orang ramai kekal terjamin.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Dewan Kosmik Januari 2019.

Posted in: Fokus

Hantar Maklum Balas Anda