Penyakit Buah Pinggang Kronik Boleh Dicegah

Oleh: Siti Noorkhairina Sowtali

Buah pinggang ialah satu daripada organ di dalam tubuh manusia yang sangat penting. Antara fungsinya termasuklah menapis darah dan bahan kumuh (urea, asid urik, amonia dan air) yang berlebihan dari tubuh badan. Buah pinggang juga mengawal keseimbangan elektrolit (garam natrium, kalium, klorida dan fosfat) dan hormon (renin, angiotensin dan aldosteron) untuk mengawal atur keseimbangan isi padu cecair dan tekanan darah di dalam tubuh manusia. Secara prinsipnya, buah pinggang sukar untuk mengalami masalah dan gagal menjalankan fungsi yang dinyatakan ini.

Namun begitu, ada beberapa faktor risiko yang menyebabkan kegagalan fungsinya. Sebagai contohnya, diabetes melitus, hipertensi, masalah jantung dan obesiti yang berkaitan rapat dengan gaya hidup yang kurang sihat.

Penyakit buah pinggang kronik (CKD) yang tidak dikawal boleh menyebabkan kegagalan akhir buah pinggang (ESRD). Keadaan ini memerlukan kos rawatan yang tinggi, seperti terapi penggantian buah pinggang dan hemodialisis. Oleh sebab itu, pencegahan awal dengan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat, penting.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Dewan Kosmik Januari 2019.

Posted in: Sains Perubatan

Hantar Maklum Balas Anda