Erythrina Baik Pulih Tanah

Oleh: Lou Wei Cheong

Tumbuhan genus Erythrina ialah tumbuhan yang berasal daripada keluarga Fabaceae. Genus bagi tumbuhan ini mempunyai lebih kurang 120 spesies dari kawasan tropika sehingga subtropika dan dapat ditemukan, terutamanya di kawasan penanaman. Tumbuhan ini sesuai tumbuh di kawasan berpasir dan pada waktu monsun.

Antara spesies yang dapat ditemukan di Malaysia termasuklah Erythrina crista-galli (Cockscomb tree), E. Fusca (Purple coral tree), E. Glauca, E. Subumbrans (December tree), E. Poepiggiana (Flaming coral tree), E. Corallodendron (pink coral tree), E. orientalis (Indian Coral tree atau Tiger’s Claw) dan E. Variegata (variegated coral tree). Tumbuhan ini dikenali dengan pelbagai nama. Di Malaysia, tumbuhan ini dikenali sebagai dadap, dedap atau derdap. Dalam bahasa Inggeris pula, tumbuhan ini dikenali sebagai Coral tree.

Ketinggian tumbuhan ini dapat mencapai sekurang-kurangnya 100 kaki. Tumbuhan ini biasanya ditanam sebagai benteng di kawasan penanaman, seperti kawasan tanaman kopi atau koko. Di samping itu, tumbuhan ini berperanan untuk membaik pulih tanah dari segi kitar nitrogen.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Dewan Kosmik Januari 2019.

Posted in: Sains Tumbuhan

Hantar Maklum Balas Anda