Buta Warna Tiada Penawar

Oleh: Rehanah Mohd. Zain

Buta warna ialah situasi apabila berkurangnya kualiti pelihatan atau seseorang itu menghadapi masalah untuk melihat warna, seperti merah, hijau, biru atau campuran warna. Buta warna berlaku disebabkan oleh ketidakmampuan sel kon mata untuk menangkap suatu spektrum warna tertentu yang disebabkan oleh beberapa faktor, terutamanya genetik.

Buta warna yang disebabkan oleh kelainan genetik atau keturunan dikenali sebagai kaitan jantina. Hal ini dikatakan demikian kerana kelainan ini dibawa oleh kromosom X. Kromosom Y tidak membawa faktor buta warna. Situasi ini yang membezakan jantina individu yang mengalami masalah buta warna.

Wanita dikategorikan sebagai pembawa sifat ini kerana ada satu kromosom X yang membawa sifat buta warna. Wanita dengan pembawa sifat ini, secara fizikalnya tidak mengalami masalah buta warna seperti wanita normal pada umumnya. Namun begitu, wanita dengan pembawa sifat ini berpotensi untuk menurunkan faktor buta warna kepada anaknya pada masa akan datang. Apabila kedua-dua kromosom X-nya mengandungi faktor buta warna, wanita itu mengalami masalah buta warna.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Dewan Kosmik Januari 2019.

Hantar Maklum Balas Anda