Rawatan TJQ Sumber Ketenangan

Oleh: FATIN SYAZANA ZULKAFALI

Dalam dunia era globalisasi ini, pelbagai perubahan dilakukan untuk merealisasikan Malaysia sebagai negara maju. Perubahan yang kompleks ini adakalanya membawa impak yang baik dan tidak baik kepada manusia. Hal ini dikatakan demikian kerana ada dalam kalangan masyarakat yang belum mampu mengatur dan menyesuaikan dirinya dengan sekitaran kehidupan harian, terutamanya dalam aspek mengorganisasikan pengawalan mental, jiwa dan emosi.

Berdasarkan kajian Beban Penyakit oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), iaitu kadar depresi dalam kalangan masyarakat di dunia, kes penyakit mental adalah yang kedua tertinggi selepas penyakit jantung iskemia. Isu tekanan diri ini sewajarnya tidak dipandang sebagai suatu perkara biasa oleh masyarakat.

Hal ini dikatakan demikian kerana tekanan ini dapat menjejaskan seluruh badan dan mempengaruhi minda ke arah tingkah laku negatif sehingga mendorong tindakan yang di luar jangkaan. Antaranya termasuklah membunuh diri, menyalahgunakan dadah, merogol dan ketagihan hubungan seks. Oleh sebab itu, alternatif terbaik untuk mengatasi masalah ini adalah dengan pelbagai kaedah terapi diri.

Rawatan terapi kejiwaan berasaskan al-Quran (TJQ) ialah suatu intervensi yang diadaptasikan daripada ayat al-Quran dan asma al-Husna, serta diintegrasikan dengan proses kaunseling sebagai satu kaedah alternatif untuk merangsang kesedaran bertuhan yang berasaskan ilmu yang benar dan praktikal.


Rencana ini dipetik daripada Majalah Dewan Kosmik Mac 2019.

Posted in: Sains Al-Quran

Hantar Maklum Balas Anda