Mesin Pengimbas Tandatangan Palsu Masa Hadapan

Oleh: MOHD. SYUKRI ANWAR

Dalam usaha menuju ke arah negara maju, aspek inovasi dan kreativiti menjadi teras penting yang diperlukan untuk menjadikan hasrat ini suatu kenyataan. Walau bagaimanapun, apabila inovasi dan kreativiti ini disalah guna pada jalan yang tidak baik untuk mendapatkan sesuatu yang haram, perkara ini suatu yang tercela dan menyalahi tatasusila rakyat Malaysia.

Satu daripada hasil kreativiti yang tidak baik ialah pemalsuan dokumen. Perbuatan ini biasanya dilakukan untuk menipu pihak tertentu supaya mempercayai bahawa dokumen itu disediakan oleh pihak yang sebenarnya. Secara biasanya juga, dokumen yang dipalsukan ini berkaitan dengan tuntutan wang dan harta. Selain itu, ada juga pemalsuan dokumen untuk memfitnah atau melaga-lagakan orang lain.

Terkini, pada 4 Februari 2019, seorang wanita diarahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk memulangkan hasil jualan dua lot tanah
pusaka sebanyak RM95 ribu milik lima adik-beradiknya yang dijual tanpa pengetahuan mereka. Dalam kes ini, wanita ini didapati menjual enam lot tanah pusaka milik mereka dengan cara menipu tandatangan tiga daripada mereka ketika proses jual beli tanah di Kemasik, Kemaman.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Dewan Kosmik Mac 2019.

Posted in: Daripada Editor

Hantar Maklum Balas Anda