Fasa Fajar Sidik

Oleh: KASSIM BAHALI

Fajar kizib dengan cahayanya yang menegak.

Fajar mempunyai kepentingan yang tersendiri dalam Islam. Dalam Islam, fajar terbahagi kepada dua jenis, iaitu fajar kizib (bermaksud dusta dalam bahasa Arab) dan fajar sidik (bermaksud benar dalam bahasa Arab).

Fajar kizib ialah cahaya yang muncul di ufuk timur sebagai tanda berakhirnya malam, tetapi cahaya ini sangat malap dan belum memancarkan rona kemerah-merahan. Fajar sidik ialah cahaya yang muncul sesudah fajar kizib dan menampakkan rona yang kemerah-merahan. Fajar sidik ialah fenomena astronomi yang menjadi penentu awal bagi waktu subuh dan permulaan waktu untuk menahan diri daripada makan dan minum bagi orang yang berpuasa.

Berdasarkan Ensiklopedia Islam, fajar ialah pancaran cahaya atau sinar Matahari di ufuk timur sebelum Matahari terbit. Fajar sidik ialah cahaya putih yang menyerlah secara melintang di ufuk timur. Keamatan cahaya fajar ketika muncul adalah malap, kemudian bertambah cerah secara beransur-ansur sehingga Matahari terbit. Fajar sidik berakhir setelah Matahari muncul perlahan-lahan di ufuk timur.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Dewan Kosmik Mac 2019.

Posted in: Astronomi

Hantar Maklum Balas Anda