Dakwat Pen Bukti Forensik?

Oleh: LEE LOONG CHUEN, LEE ENG LENG, SITTI MARIAM NUNURUNG, MUHAMMAD ABDUL HAKIM DAN AB. AZIZ ISHAK

Pen mata bulat ialah alat tulis yang paling biasa digunakan dalam aktiviti harian disebabkan oleh harganya yang murah dan mudah diperoleh. Pada dasarnya, pen berwarna hitam dan biru yang paling kerap digunakan dalam penyediaan dokumen harian, seperti surat, diari atau invois.

Pen mata bulat berwarna merah pula paling kerap digunakan oleh cikgu untuk menyemak kerja rumah atau kertas ujian pelajar. Berbanding dengan pen lain, seperti pen gel, pen mata bulat lebih murah harganya. Hal ini menyebabkan dakwat pen jenis ini paling kerap ditemukan pada dokumen rasmi atau tidak rasmi.

Kes jenayah, seperti pemalsuan dokumen dan jenayah kolar putih, sering melibatkan analisis forensik pada dokumen yang dipalsukan, sama ada isi kandungan atau sebahagian daripada coretan tulisan pada dokumen berkenaan.

Dalam konteks sains forensik, pemeriksa dokumen forensik melakukan analisis tertentu untuk menentukan kesahan dokumen yang dipertikaikan. Antara contoh analisis yang dapat dilakukan termasuklah analisis dakwat pen, analisis kertas dan analisis bahan tambah yang termendap pada dokumen yang dipertikaikan.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Dewan Kosmik Mac 2019.

Posted in: Fokus

Hantar Maklum Balas Anda