Flora dan Fauna Bakal Pupus?

Oleh: AMLIR AYAT

Satu daripada petunjuk atau parameter potensi kesejahteraan sosial ialah kepelbagaian biologi. Kegagalan atau kedegilan manusia untuk melihat alam sebagai aset utama kesejahteraan sosial yang terbatas ialah satu daripada faktor kemelesetan sumber alam dari sudut kuantiti dan kualiti yang kian mengancam masa hadapan manusia. Pengabaian terhadap keupayaan tampung sumber alam untuk mencapai pembangunan mengundang risiko yang sangat besar kepada alam.

Kemerosotan kuantiti dan kualiti komponen alam turut menjadi petanda besar bagi kemerosotan kesejahteraan manusia. Angka dan penilaian kuantitatif pelbagai parameter yang selari dengannya juga dapat memberikan gambaran yang jelas tentang masa hadapan “rumah” manusia, iaitu Bumi.

Berdasarkan rumusan daripada laporan mutakhir tentang kepelbagaian biologi sejagat, “Living Planet 2018” dan hasil kajian daripada 59 orang ahli sains di seluruh dunia, kepelbagaian fauna kian merosot dengan drastiknya. Dokumen terbitan Dana Sedunia Alam Semula Jadi (WWF) juga menyatakan bahawa saiz populasi mamalia, burung, ikan, reptilia dan amfibia merosot sebanyak 60 peratus dalam tempoh empat dekad sahaja.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Dewan Kosmik Mac 2019.

Posted in: Alam Sekitar

Hantar Maklum Balas Anda