Asteroid Menghampiri Bumi

Oleh MAIA ELEKTRA


SISTEM suria dilingkari dua cincin, iaitu jalur asteroid dan jalur Kuiper. Jalur asteroid memisahkan planet Bumi dengan planet Jovian, manakala jalur Kuiper terletak selepas planet Neptune. Semasa proses pembentukan sistem suria yang berlaku pada 4.6 bilion tahun dahulu, terdapat objek yang tidak berjaya membentuk planet. Saintis menamakan objek tersebut sebagai objek gelandangan sistem suria, yang merangkumi asteroid, meteoroid dan komet.

Asteroid dibahagikan kepada tiga kumpulan utama, iaitu asteroid hampir Bumi, asteroid jalur utama dan asteroid jalur luaran. Tiga parameter yang membezakan ketiga-tiga kumpulan tersebut ialah garis lintang ekliptik heliosentrik, garis bujur ekliptik heliosentrik serta jarak heliosentrik.
Asteroid hampir Bumi dipecahkan kepada tiga kumpulan yang lebih kecil, iaitu Amor, Aten dan Apollo. Asteroid jalur utama turut dipecahkan kepada 12 kumpulan yang lebih kecil, iaitu Agusta, Alinda, Eos, Eunomia, Flora, Hungaria, Hygiea, Koronis, Maria, Nysa, Themis dan Vesta. Asteroid jalur luaran memiliki empat kumpulan yang kecil, iaitu Cybele, Hilda, Thule dan Trojan.

____

Rencana ini dipetik daripada Dewan Kosmik Jun 2012.

Posted in: Sains Angkasa

Hantar Maklum Balas Anda