Gelora di Musytari

Oleh MAIA ELEKTRA

PLANET Jovian dikenali sebagai planet luaran yang tidak memiliki ciri landskap kerana dibuat daripada gas. Permukaan planet Jovian mempamerkan corak belang dan tompok, dihasilkan oleh proses perolakan gas yang berlaku secara berterusan. Kedua-dua corak tersebut paling jelas kelihatan di Musytari.
Proses perolakan gas berlaku pada kadar yang amat tinggi sehingga menghasilkan fenomena ribut taufan, siklon dan antisiklon. Selain itu, angin kencang dengan halaju melebihi 650 kilometer sejam serta petir turut berlaku di Musytari.
Ketinggian sifar bagi Bumi dikira dari aras laut. Sebaliknya bagi Musytari yang tidak mempunyai permukaan pepejal, ketinggian sifar bermula dari lapisan putih yang terletak di atas awan ammonia ais. Lapisan putih itu dinamakan troposfera. Tekanan atmosfera pada ketinggian sifar ialah 100 kilo Pascal (100 000 Pascal = 1 bar = 750 Torr). Lapisan seterusnya ialah stratosfera, disusuli dengan termosfera dan eksosfera. Pergerakan laju di atas paksi turut menjadi mangkin bagi proses perolakan gas di Musytari.

PLANET Jovian dikenali sebagai planet luaran yang tidak memiliki ciri landskap kerana dibuat daripada gas. Permukaan planet Jovian mempamerkan corak belang dan tompok, dihasilkan oleh proses perolakan gas yang berlaku secara berterusan. Kedua-dua corak tersebut paling jelas kelihatan di Musytari. Proses perolakan gas berlaku pada kadar yang amat tinggi sehingga menghasilkan fenomena ribut taufan, siklon dan antisiklon. Selain itu, angin kencang dengan halaju melebihi 650 kilometer sejam serta petir turut berlaku di Musytari.  Ketinggian sifar bagi Bumi dikira dari aras laut. Sebaliknya bagi Musytari yang tidak mempunyai permukaan pepejal, ketinggian sifar bermula dari lapisan putih yang terletak di atas awan ammonia ais. Lapisan putih itu dinamakan troposfera. Tekanan atmosfera pada ketinggian sifar ialah 100 kilo Pascal (100 000 Pascal = 1 bar = 750 Torr). Lapisan seterusnya ialah stratosfera, disusuli dengan termosfera dan eksosfera. Pergerakan laju di atas paksi turut menjadi mangkin bagi proses perolakan gas di Musytari.

____

Rencana ini dipetik daripada Dewan Kosmik Julai 2012.

Posted in: Sains Angkasa

Hantar Maklum Balas Anda