Impak Sisa Pepejal Terhadap Kesihatan

Oleh MOHD. ARMI ABU SAMAH dan MOHD. BAKRI ISHAK

Pada umumnya terdapat pelbagai faktor pencemaran sisa pepejal akibat atau kesan daripada pengurusannya yang tidak sistematik, seperti pencemaran udara. Umpamanya, pembakaran sampah secara terbuka mengakibatkan pencemaran udara yang teruk dan kritikal sehingga menyebabkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada pada tahap berbahaya (>301).
Nilai IPU sebenarnya dikira berdasarkan kepekatan purata setiap pencemar udara, iaitu SO2, NO2, CO, O3 dan PM10. Pencemar udara yang dominan dengan kepekatan tertinggi diambil kira sebagai pencemar yang menentukan nilai IPU.
Lazimnya, kepekatan habuk halus (PM10) adalah yang tertinggi berbanding dengan pencemar yang lain dan ini menentukan tahap bacaan IPU. Sementara itu berdasarkan kajian, pembakaran terbuka juga melepaskan gas dioksina yang berbahaya terhadap alam sekitar. Namun demikian, terdapat kesan lain yang timbul, seperti gas dari tapak pelupusan sampah (hasil proses pereputan sampah) boleh meletup jika dibiarkan berkumpul dalam permukaan tertutup tanpa gasnya disedut keluar.

Pada umumnya terdapat pelbagai faktor pencemaran sisa pepejal akibat atau kesan daripada pengurusannya yang tidak sistematik, seperti pencemaran udara. Umpamanya, pembakaran sampah secara terbuka mengakibatkan pencemaran udara yang teruk dan kritikal sehingga menyebabkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada pada tahap berbahaya (>301). Nilai IPU sebenarnya dikira berdasarkan kepekatan purata setiap pencemar udara, iaitu SO2, NO2, CO, O3 dan PM10. Pencemar udara yang dominan dengan kepekatan tertinggi diambil kira sebagai pencemar yang menentukan nilai IPU.Lazimnya, kepekatan habuk halus (PM10) adalah yang tertinggi berbanding dengan pencemar yang lain dan ini menentukan tahap bacaan IPU. Sementara itu berdasarkan kajian, pembakaran terbuka juga melepaskan gas dioksina yang berbahaya terhadap alam sekitar. Namun demikian, terdapat kesan lain yang timbul, seperti gas dari tapak pelupusan sampah (hasil proses pereputan sampah) boleh meletup jika dibiarkan berkumpul dalam permukaan tertutup tanpa gasnya disedut keluar.

____

Rencana ini dipetik daripada Dewan Kosmik Julai 2012.

Hantar Maklum Balas Anda