Bukan Ketumbuhan Biasa

Oleh SURIA JANIB

DIA membelek-belek benjol yang sebesar ibu jari yang tumbuh menepek di atas kaki kirinya. Ada masanya benjol itu terasa berdenyut-denyut jika tersentuh atau tergesel secara tidak sengaja.
Paling menyakitkan apabila dia datang bulan. Dia mencongak-congak sama ada benjol itu ada kaitan dengan ketidakstabilan hormon atau sebaliknya. Dia mula menyedari, setiap kali dia mengambil ubat hormon penggalak kesuburan, denyutan pada benjol itu semakin menjadi-jadi. Dia betul-betul risau dan tertekan. Fikirannya bercelaru, tambahan pula dia baru dilanda kesedihan kerana pemergian ayahandanya yang dikasihi buat selama-lamanya, ditambah pula beban kerjanya yang datang berganda-ganda.
Dia cuma membiarkan benjol tersebut membesar. “Mungkin benjol biasa, nanti baiklah sendiri,” desisnya cuba memujuk diri.
Hari demi hari, dia semakin gelisah dan dihimpit stres yang mencengkam. Akhirnya, dia dan suaminya mengambil keputusan, berjumpa dengan doktor sebagai jalan penyelesaiannya.
“Puan disahkan menghidap dermatofibroma, iaitu berkaitan dengan ketumbuhan lapisan kulit yang sangat perlahan,” jelas doktor yang merawatnya.
Bagi Haniza Lockman, editor sebuah agensi kerajaan yang terkemuka, saat dia diberitahu oleh doktor bahawa penyakit tersebut tidak membahayakan, di hatinya tetap berdebar-debar.

DIA membelek-belek benjol yang sebesar ibu jari yang tumbuh menepek di atas kaki kirinya. Ada masanya benjol itu terasa berdenyut-denyut jika tersentuh atau tergesel secara tidak sengaja. Paling menyakitkan apabila dia datang bulan. Dia mencongak-congak sama ada benjol itu ada kaitan dengan ketidakstabilan hormon atau sebaliknya. Dia mula menyedari, setiap kali dia mengambil ubat hormon penggalak kesuburan, denyutan pada benjol itu semakin menjadi-jadi. Dia betul-betul risau dan tertekan. Fikirannya bercelaru, tambahan pula dia baru dilanda kesedihan kerana pemergian ayahandanya yang dikasihi buat selama-lamanya, ditambah pula beban kerjanya yang datang berganda-ganda. Dia cuma membiarkan benjol tersebut membesar. “Mungkin benjol biasa, nanti baiklah sendiri,” desisnya cuba memujuk diri.Hari demi hari, dia semakin gelisah dan dihimpit stres yang mencengkam. Akhirnya, dia dan suaminya mengambil keputusan, berjumpa dengan doktor sebagai jalan penyelesaiannya.“Puan disahkan menghidap dermatofibroma, iaitu berkaitan dengan ketumbuhan lapisan kulit yang sangat perlahan,” jelas doktor yang merawatnya. Bagi Haniza Lockman, editor sebuah agensi kerajaan yang terkemuka, saat dia diberitahu oleh doktor bahawa penyakit tersebut tidak membahayakan, di hatinya tetap berdebar-debar.

____

Rencana ini dipetik daripada Dewan Kosmik Julai 2012.

Posted in: Selagi Berdaya

Hantar Maklum Balas Anda