Kuasa Ultrabunyi Membedah Mata

Oleh AZHANY YAAKUB

PEMBENTUKAN kanta mata bermula sewal minggu kelapan janin manusia di dalam kandungan. Kanta mata ang terbentuk secara normal berbentuk dwicembung, bersaiz kira-kira sembilan milimeter. Yang istimewanya, kanta mata sangat jernih dan lut cahaya untuk membenarkan cahaya difokuskan tanpa sebarang halangan.

Kanta mata semula jadi ini dibaluti kapsul nipis yang juga lut cahaya dan tergantung di tengah-tengah mata dan dipegang oleh tisu zonul. Kanta mata dengan pertolongan tisu zonul berupaya beradaptasi dari segi bentuk dan kekenyalan, iaitu semakin cembung atau kurang cembung bergantung pada jarak objek yang hendak difokukan oleh mata.

Proses penuaan kanta mata menyaksikan sifat kejernihan dan kekenyalan kanta mata berubah. Kanta mata mulai menjadi keruh dan menyebabkan gangguan penglihatan. Kekenyalan yang semakin berkurang menyukarkan seseorang melihat atau memfokuskan penglihatan pada jarak dekat. Kekeruhan inilah yang dipanggil katarak.

Katarak akibat proses penuaan yang paling kerap berlaku dan boleh dikatakn semua manusia yang dianugerahkan umur yang panjang mengalaminya. Sebagaimana rambut manusia beruban begitulah juga kanta bertukar daripada jernih menjadi keruh.

____

Rencana ini dipetik daripada Dewan Kosmik Ogos 2012.

Posted in: Oftalmologi

Hantar Maklum Balas Anda