RABUN DEKAT BOLEH DICEGAH

Oleh: Rehanah Mohd. Zain

Rabun dekat ialah gangguan pada lensa atau kornea matayang menyebabkan individu tidak berupaya untuk melihatsesuatu objek dekat dengan jelasnya atau objek kelihatankabur. Namun begitu, biasanya orang yang mengalami rabundekat dapat melihat objek yang jauh dengan jelasnya.

Rabun dekat juga dikenali sebagaihiperopia atau hipermetropia, sertasering dikaitkan dengan masalahpembiasan. Bagi mata yang mengalamihipermetropia, cahaya yang sepatutnyadipantulkan tepat pada retina (lapisanmata yang sensitif terhadap cahaya)terpantul di belakang retina. Oleh sebabitu, pelihatan jarak dekat menjadi kabur.

Rabun tua juga boleh menyebabkanseseorang itu tidak dapat melihat dalamjarak yang dekat. Rabun tua ini bolehdiatasi dengan penggunaan cerminmata. Cara ini selamat dan menjadipilihan ramai. Cermin mata untukmerawat rabun tua boleh didapati dalambentuk cermin mata baca, dua lapis(bifokal) atau banyak lapis (multifokal).
Rencana ini dipetik daripada Majalah Kosmik Julai 2018.
Posted in: Kesihatan

AIR KETUBAN SEMASA HAMIL PENTING

Oleh: Nik Hazlina Nik Hussain

Air ketuban atau cecair amniotik ialah cecair yang ada di keliling bayi yang sedangmembesar dan berperanan penting ketika hamil. Air ketuban terdiri daripada 98% air dan2% bahan elektrolit, protein, karbohidrat, lemak, fosfolipid, urea, hormon (gonadotrofinkorion manusia, laktogen plasenta manusia, estrogen, progesteron, prolaktin), enzim, pigmendan sel janin, seperti rambut dan verniks kaseosa.

Sepanjang sembilan bulan bayiberada di dalam rahim ibunya, cecairyang dikenali sebagai air ketubanini mengelilingi dan melindungi bayidaripada pelbagai masalah. Airketuban ini bertindak seperti kusyenyang melindungi bayi daripadatrauma, hentakan dan gegaran, sertamenghalang tali pusat bayi daripadamemberikan tekanan, seterusnyamengurangkan bekalan oksigen kepadabayi.

Selain itu, air ketuban juga membantu memastikan suhu yang bersesuaian di dalam rahim, melindungi bayi daripada jangkitan, memberikan ruang kepada bayi untuk bergerak dengan aktifnya, membantu membina tulang dan otot bayi, membantu perkembangan sistem penghadaman atau pencernaan dan membantu sistem pernafasan bayi. Hal ini dikatakan demikian kerana bayi menghadamkan makanan dan bernafas menerusi paruparunya. Oleh sebab itu, air ketuban ini amat penting kepada bayi yang berada di dalam kandungan.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Kosmik Julai 2018.

SIATIKA MASALAH SARAF

Oleh: Rehanah Mohd. Zain

Istilah siatika digunakan untuk menggambarkan radikulopati yang berlaku apabila satu atau lebih saraf yang membentuk saraf siatika besar terganggu atau terasa mencubit. Siatika merujuk kesakitan yang menyerap di sepanjang saraf siatika dan biasanya dirasai pada bahagian pinggul, belakang betis dan kaki sehingga jari-jemari kaki. Secara biasanya lagi, siatika hanya menjejaskan satu bahagian badan daripada pinggul sehingga bawah kaki.

Lebih kurang antara 15% – 40% orang mengalami siatika, seterusnya terjejas kualiti kehidupannya. Keadaan ini jarang-jarang berlaku pada orang dewasa yang umurnya kurang daripada 20 tahun, sebaliknya meningkat apabila usia meningkat daripada 40-an, 50-an dan 60-an. Orang yang banyak melakukan aktiviti gerakan fizikal dalam pekerjaan, seperti pekerja kontrak rumah, tukang kayu dan tukang potong rumput, mudah mengalami siatika berbanding dengan orang yang bekerja di pejabat yang gerakannya terbatas.

Siatika berlaku disebabkan oleh cakera lumbar hernia, penyakit cakera degenaratif, spondilolistesis istmik dan stenosis tulang belakang lumbar dan sindrom piriformis.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Kosmik Jun 2018.

Posted in: Kesihatan

LIMA FASA KEHILANGAN

Oleh: Wan Nur Amirah Wan Mothar

Kematian bukan suatu yang asing dalam kehidupan manusia.Semua hidupan pasti mati. Namun begitu, manusia hampirtidak diajar tentang pengurusan berita kematian, seperticara untuk menghadapinya. Pada tahun 1969, doktor psikiatri dariSweden, Elisabeth Kubler-Ross, mengetengahkan isu ini kepadadunia menerusi Model Kubler-Ross.

Lima fasa kehilangan atau dikenali sebagai Model Kubler-Ross ini terdiri daripada penafian, kemarahan, perundingan, kemurungan dan penerimaan. Elisabeth diinspirasikan oleh pesakitnya yang rata-ratanya tenat dan mencatatkan lima fasa ini dalam bukunya, On Death and Dying.

Lima fasa ini bukan langkah atau kaedah untuk mengatasi kehilangan orang yang tersayang, tetapi aturan reaksi normal yang dapat dilihat apabila seseorang itu bakal atau telah kehilangan orang yang disayanginya. Menerusi Model Kubler-Ross ini, seseorang itu dapat membantu mengurangkan dan memahami sahabat yang mengalami fasa kehilangan

Rencana ini dipetik daripada Majalah Kosmik Jun 2018.

SAMPAR AYAM BOLEH DICEGAH

Oleh: Azri Adzhar

Penyakit sampar ayam dikenali dengan pelbagai nama,seperti tetelo, penyakit Ranikhet, Newcastle (ND), FowlPest atau Pseudo Fowl Plague. Walaupun berkaitandengan ayam, hampir semua spesies unggas, sepertiitik, angsa, ayam belanda, kuang, merak dan burung liar,rentan terhadap penyakit ini walaupun sedikit sahaja yangmenunjukkan gejala klinikal.

Penyakit sampar ayam direkodkan kali pertama daripada wabak yang berlaku di Pulau Jawa pada tahun 1926. Setelah itu, penyakit ini merebak di serata dunia. Dari segi ekonomi, sampar ayam penyakit paling utama dalam industri ternakan ayam. Beban dan kerugian yang terpaksa ditanggung oleh penternak ayam dari segi langkah kawalan dan pencegahan adalah besar. Secara tidak langsung, penyakit ini menjejaskan reputasi negara yang mengeksport ayam dan produknya.

Hal ini dikatakan demikian kerana serangan virus sampar ayam menyebabkan kematian populasi ayam yang banyak dalam tempoh yang singkat dan menjadi ancaman bagi negara pengimport. Negara yang terjejas disebabkan oleh penyakit ini diletakkan dalam kategori berisiko. Selain itu, hasilan daripada industri ini dikenakan saringan keselamatan kesihatan haiwan atau dilarang untuk diimport.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Kosmik Jun 2018.

Posted in: Sains Veterinar

KEHAMILAN KEMBAR

Oleh: Nik Hazlina Nik Hussain

Kehamilan kembar ialah kehamilan yang janinnya lebih daripada satu. Berdasarkan rumusHellin, kebarangkalian kehamilan kembar dua ialah satu dalam 80 kehamilan, kembar tigaialah satu dalam 80 kehamilan berganda dua, kembar empat pula ialah satu dalam 80kehamilan berganda tiga dan seterusnya. Secara umumnya, kehamilan kembar terbahagi kepadadua jenis, iaitu monozigotik dan dizigotik.

Kembar monozigotik ialah kembar yang berasal daripada satu ovum (telur) yang disenyawakan bersama-sama dengan satu sperma (benih lelaki), kemudian membesar dan terpisah menjadi dua janin. Kembar ini dikenali sebagai kembar seiras kerana mempunyai genetik atau baka yang sama. Kembar jenis ini mungkin mendapat janin yang mempunyai jantina dan paras rupa yang sama.

Ada kes kembar monozigotik ini tidak terpisah sepenuhnya dan kekal melekat pada sebahagian anggota badan ketika dilahirkan. Kembar ini dikenali sebagai kembar siam. Istilah ini diambil bersempena dengan sepasang kembar siam, iaitu Chang dan Eng Bunker. Kembar siam pertama ini dilahirkan pada 11 Mei 1811 di Thailand.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Kosmik Jun 2018.

CABARAN PASS-OUT BAHAYA!

Oleh: Muhammad Hamzihadi Hamrah

Pada tahun 2017, tular dalam media sosial, permainan yang dikenali sebagai cabaran pass-out atau permainan tercekik. Permainan ini tiada kebaikan, malah 100% berbahaya. Permainan ini bukan sesuatu yang baharu kerana pernah direkodkan sejak era 1900-an.

Permainan ini dimainkan oleh dua orang. Seorang menekan bahagian tengah dada, iaitu sternum, orang yang lain sehingga orang yang ditekan dadanya ini pengsan. Tempoh dada ditekan sebelum pengsan ialah 30 saat.

Ketika dada ditekan, berlaku keadaan tekanan tinggi pada bahagian toraks, iaitu rongga di dalam dada dan jantung. Hal ini menyebabkan aliran darah dari badan ke jantung kanan (kembalian vena) menjadi sedikit dan berkurang. Yang seterusnya, jantung gagal mengepam darah, lalu menyebabkan sedikit atau tiada output kardiak. Hal ini bermakna, tiada darah mengalir keluar dari jantung ke seluruh badan.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Kosmik Jun 2018.

PEMAKANAN KANAK-KANAK PWS

Oleh: Norsahidah Mod Yusof

Sindrom prader willi (PWS) ialah sindrom genetik yang memberikan kesan buruk kepada kebanyakan tubuh badan. Ketika bayi, keadaan ini dikenali sebagai tonus otot yang lemah. Bayi ini mengalami masalah untuk makan dan pertumbuhan tubuh badannya terbantut.

Pada waktu kanak-kanak, penghidap sindrom ini mengalami masalah untuk mengawal selera makan sehingga menyebabkannya obesiti. Jika masalah obesiti ini tidak dibendung sejak awal, pesakit ini menghidap penyakit kencing manis, kolesterol tinggi, masalah jantung dan darah tinggi pada usia yang sangat muda. Kanak-kanak ini juga mengalami masalah dalam pelajaran.

Ciri tambahan bagi kanak-kanak PWS ialah dahi yang sempit, mata berbentuk badam, kedudukan yang pendek, serta tapak kaki dan tangan yang kecil. Sesetengah pesakit yang menghidap sindrom ini mempunyai kulit yang sensitif, gigi yang rapuh, rambut yang berwarna perang dan alat kelamin yang kurang berkembang.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Kosmik Jun 2018.

Posted in: Sains Pemakanan

Alkohol Merosakkan Tisu

Oleh: Rochman Naim

Kesan langsung alkohol, seperti gangguan pada komponen membran sel dan protein isyarat, dan kesan tidak langsungnya, berlaku disebabkan oleh metabolisme alkohol yang bertindak secara konsisten untuk merosakkan tisu. Metabolisme alkohol sering dianggap sebagai faktor utama yang menyebabkan kerosakan tisu yang berkaitan dengan alkohol, terutamanya menerusi penjanaan spesies oksigen reaktif (SOR) dan tekanan oksidatif di dalam tisu.

SOR dihasilkan ketika pengoksidaan alkohol dan asetaldehid, sama ada oleh alkohol dehidrogenase (ADH) atau aldehid dehidrogenase (ALDH), dan sitokrom P450 (CYP2E1). Kadar pengoksidaan alkohol dan asetaldehid oleh ADH dan ALDH ditentukan oleh kadar NADH yang dihasilkan menerusi sistem pengangkutan elektron mitokondria. Hal ini dikatakan demikian kerana sistem pengangkutan elektron mitokondria memerlukan oksigen dan menghasilkan ATP. Kadar pengoksidaan NADH pula bergantung pada bekalan oksigen sel dan permintaannya terhadap ATP.

Jika kedua-dua faktor ini terhad, aktiviti pengangkutan elektron dikurangkan, seterusnya menyebabkan kesan tertentu. Yang pertamanya, alkohol dan asetaldehid tidak dimetabolismekan secara cekap. Yang keduanya, elektron yang melalui rantai pengangkutan elektron mitokondria dialihkan menjadi SOR yang berbahaya, terutamanya superoksid. Metabolisme alkohol oleh ADH dan ALDH berlaku, terutamanya di hati. Oleh sebab itu, kesan buruk yang berkaitan dengan metabolisme etanol oleh enzim ini dan pengeluaran SOR yang berkaitan, mempengaruhi hati.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Kosmik Mei 2018.

Posted in: Sains Perubatan

Influenza Menyerang Lagi

Oleh: Che’ Wan Aminud-Din Hashim

Influenza atau demam selesema ialah penyakit respiratori yang disebabkan oleh virus selesema. Jangkitan yang tidak serius hanya menyebabkan demam yang ringan dan hidung berair. Walau bagaimanapun, jangkitan yang serius boleh menyebabkan kematian. Sejak bulan November 2017, statistik menunjukkan peningkatan mendadak jumlah pesakit yang dijangkiti oleh virus selesema di seluruh dunia.

Ada empat jenis virus influenza, iaitu A, B, C dan D. Namun begitu, hanya virus A dan B yang menyebabkan serangan selesema bermusim. Pada setiap tahun, virus ini merebak dengan strain atau jenis yang berbeza-beza. Di luar negara, punca utama selesema pada kali ini lebih serius kerana melibatkan virus H3N2, iaitu sejenis virus daripada kumpulan virus A yang dapat menyebabkan lebih banyak komplikasi dan sukar dikawal.

Virus H3N2 menyebabkan jangkitan yang serius dan boleh menyebabkan kematian, terutamanya jika melibatkan warga emas dan kanak-kanak. Jumlah pesakit yang dimasukkan ke wad disebabkan oleh serangan virus terbaharu ini pula lebih tinggi berbanding dengan selesema bermusim yang disebabkan oleh virus A H1N1 pada tahun 2009. Walau bagaimanapun, penyelidik masih belum mengetahui jawapan bagi puncanya.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Kosmik Mei 2018.

Posted in: Kesihatan