AWASI HERNIA

Oleh: Rehanah Mohd. Zain

Hernia berlaku apabila isi pada rongga badan tersembul keluar dari kawasan yang sepatutnya. Secara biasanya, hernia berlaku pada bahagian usus atau tisu lemak di abdomen, yang mengelilingi bahagian dalam membran nipis yang menggarisi bahagian
dalam rongga. Pada tempat yang berlakunya hernia ini, salur darah menyempit, serta bekalan darah ke bahagian ini tersekat dan tidak mengalir dengan lancarnya.

Dianggarkan bahawa antara 800 hingga 1000 lelaki dalam sejuta menghidap penyakit hernia tidak langsung (hernia kongenital). Hernia langsung pula kebanyakannya dihidapi oleh lelaki yang berumur dalam lingkungan antara 40-an hingga 60-an. Lelaki berisiko untuk menghidap hernia 10 peratus lebih tinggi berbanding dengan wanita.

Contoh hernia yang dihidapi oleh pesakit ialah hernia inguinal. Sebanyak 75% hernia adalah daripada jenis ini. Kekerapan hernia inguinal ini pada lelaki 25 kali wanita. Hernia femoral pula biasanya berlaku pada wanita dan lebih berisiko untuk tidak bersifat pasang surut tak terturunkan yang tidak dapat ditolak masuk semula. Hernia hirisan pula berlaku pada kadar antara 2% – 10% sahaja yang memerlukan pembedahan abdomen. Selain itu, ada juga hernia epigastrik, hernia insisional dan hernia umbilikal yang terjadi pada sekitar usus.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Kosmik Ogos 2018.

Posted in: Sains Perubatan

Alkohol Merosakkan Tisu

Oleh: Rochman Naim

Kesan langsung alkohol, seperti gangguan pada komponen membran sel dan protein isyarat, dan kesan tidak langsungnya, berlaku disebabkan oleh metabolisme alkohol yang bertindak secara konsisten untuk merosakkan tisu. Metabolisme alkohol sering dianggap sebagai faktor utama yang menyebabkan kerosakan tisu yang berkaitan dengan alkohol, terutamanya menerusi penjanaan spesies oksigen reaktif (SOR) dan tekanan oksidatif di dalam tisu.

SOR dihasilkan ketika pengoksidaan alkohol dan asetaldehid, sama ada oleh alkohol dehidrogenase (ADH) atau aldehid dehidrogenase (ALDH), dan sitokrom P450 (CYP2E1). Kadar pengoksidaan alkohol dan asetaldehid oleh ADH dan ALDH ditentukan oleh kadar NADH yang dihasilkan menerusi sistem pengangkutan elektron mitokondria. Hal ini dikatakan demikian kerana sistem pengangkutan elektron mitokondria memerlukan oksigen dan menghasilkan ATP. Kadar pengoksidaan NADH pula bergantung pada bekalan oksigen sel dan permintaannya terhadap ATP.

Jika kedua-dua faktor ini terhad, aktiviti pengangkutan elektron dikurangkan, seterusnya menyebabkan kesan tertentu. Yang pertamanya, alkohol dan asetaldehid tidak dimetabolismekan secara cekap. Yang keduanya, elektron yang melalui rantai pengangkutan elektron mitokondria dialihkan menjadi SOR yang berbahaya, terutamanya superoksid. Metabolisme alkohol oleh ADH dan ALDH berlaku, terutamanya di hati. Oleh sebab itu, kesan buruk yang berkaitan dengan metabolisme etanol oleh enzim ini dan pengeluaran SOR yang berkaitan, mempengaruhi hati.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Kosmik Mei 2018.

Posted in: Sains Perubatan

SLE dan Deregulasi Sistem Imun

Oleh: Nor Effa Syazuli Zulkafli

Menurut Van Parijs dan Abbas, mekanisme toleransi pusat dan periferal bertanggungjawab untuk mengendalikan keupayaan sistem imun atau sistem kekebalan tubuh untuk membezakan antara diri sendiri dengan diri bukan sendiri.

Yang sebaliknya, apabila wujud keadaan sistem imun ini tidak dapat membezakan antara diri sendiri dengan diri bukan sendiri, atau ada gangguan dalam toleransi sistem imun, hal ini dapat menyumbang pembentukan dan perkembangan penyakit autoimun. Satu daripada contoh penyakit autoimun yang disebabkan oleh kegagalan toleransi sistem imun ialah sistemik lupus eritematosus (SLE).

SLE ialah penyakit autoimun sistemik yang dicirikan oleh pembentukan banyak autoantibodi yang tidak normal. Autoantibodi yang hadir membentuk kompleks imun dengan antigen (Ag). Kompleks imun ini kemudiannya membentuk mendakan di dalam tisu. Hal ini menghasilkan manifestasi klinikal dan patologik yang dicirikan oleh kerosakan tisu setempat, keradangan atau inflamasi kronik. Akhirnya, fungsi organ, hilang. Pembentukan autoantibodi terhadap komponen nuklear di dalam sel menghasilkan manifestasi klinikal, seperti keradangan, vaskulitis dan vaskulopati, menurut Pisetsky.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Kosmik April 2018

Posted in: Sains Perubatan

Metabolisme Alkohol di Dalam Badan

Oleh: Rochman Naim

Kesan alkohol (etanol) pada pelbagai tisu bergantung pada kepekatannya di dalam darah(kepekatan alkohol darah [KAD]) dari semasa ke semasa. KAD ditentukan oleh kepantasan alkoholdiserap, diedarkan, dimetabolismekan dan dikeluarkan dari badan.

Selepas ditelan, alkohol diserap, terutamanya dari usus kecil ke dalam salur darah vena yang mengumpulkan darah dari perut dan usus, dan dari vena portal yang membawanya ke hati, iaitu tempatnya terdedah pada enzim dan dimetabolismekan. Kadar kenaikan KAD dipengaruhi oleh kepantasan alkohol dikosongkan dari perut dan tahap metabolisme ketika peralihan pertama melalui perut dan hati (metabolisme tahap pertama [MTP]).

KAD dipengaruhi oleh faktor alam sekitar (seperti kadar pengambilan alkohol, kehadiran makanan di dalam perut dan jenis minuman beralkohol) dan faktor genetik (variasi dalam enzim utama yang memetabolismekan alkohol: alkohol dehidrogenase [ADH] dan aldehid dehidrogenase [ALDH]).

Rencana ini dipetik daripada Majalah Kosmik April 2018

Posted in: Sains Perubatan

TERAPI KANSER BERSASARAN

Oleh: Nur Eliyana Mohd. Redhuan

Kemoterapi ialah satu daripada rawatan asas bagi penyakit kanser yang sering ditakuti kerana kesan sampingannya. Bergantung pada rejim kemoterapi, pesakit merasai kesan sampingan, seperti muntah, loya, gastrik, gatal dan keguguran rambut (paling ketara).
Walaupun dianggap sebagai tidak baik bagi banyak orang, kesan sampingan ini tanda bahawa ubat kemoterapi melakukan tugasnya. Ubat kemoterapi diformulasikan untuk menyerang, merencatkan atau mematikan sel yang cepat membiak kerana sel kanser membahagi dengan cepatnya. Hal ini menyebabkan sel lain di dalam tubuh yang cepat membahagi, seperti sel di akar rambut dan bulu roma, serta sel dinding perut, turut bertindak balas terhadap ubat ini. Oleh sebab itu, ada pesakit yang mengalami keguguran rambut dan loya.
Dalam hal ini, doktor dan penyelidik perubatan menyedari kesan yang terpaksa ditanggung oleh pesakit. Ubat yang diberikan kepada pesakit, selamat. Kesan sampingannya pula diketahui dengan baiknya kerana diuji sebelum digunakan.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Dewan Kosmik Januari 2018.

Posted in: Sains Perubatan

LEMAK TRANS PUNCA SERANGAN JANTUNG?

Secara ringkasnya, penghidrogenanialah proses apabila minyak sayuranditukarkan kepada lemak pepejalmenerusi penambahan hanya atomhidrogen. Penghidrogenan meningkatkankestabilan minyak ketika menggorengmakanan, memanjangkan jangka hayatminyak dan menambah perisa makanan.Berdasarkan beberapa kajian,didapati bahawa pengambilan lemaktrans yang tinggi dalam pemakananmeningkatan risiko penyakitkardiovaskular. Risiko ini meningkatkerana lemak trans menjana kolesterolLDL yang banyak. LDL ialah kolesteroljahat yang menyebabkan salur darahtersumbat, iaitu punca serangan jantung.Lemak trans ialah punca utamapenyakit kardiovaskular. Lemak transmeningkatkan kandungan kolesterol LDLdan menurunkan kandungan kolesterolHDL (kolesterol baik). Gabungan antaraparas kolesterol LDL yang tinggi denganparas kolesterol HDL yang rendahmeningkatkan risiko penyakit jantung.
___

Rencara ini dipetik daripada Dewan Kosmik September 2017.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Sains Perubatan

RAWATAN GIGI PALSU

Kehilangan gigi berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya termasuklah komplikasi daripada penyakit periodontal, karies, trauma, kehilangan gigi secara kongenital atau cabutan yang terpaksa dilakukan sebelum memulakan rawatan ortodontik. Kehilangan gigi menyebabkan beberapa impliksi, seperti implikasi dari segi fungsi, sosial dan sistemik.

Bagi membantu pesakit mengatasi atau mengurangkan masalah apabila berhadapan dengan implikasi ini, beberapa rawatan ditawarkan. Satu daripada rawatan ini ialah rawatan dentur atau dikenali sebagai gigi palsu. Rawatan dentur satu daripada rawatan pergigian yang sangat popular dalam kalangan pesakit yang kehilangan gigi, terutamanya orang dewasa dan orang yang berumur. Dentur sejenis alat prostetik yang dapat ditanggalkan. Alat ini digunakan untuk menggantikan gigi asal atau gigi asli pesakit yang tiada. Antara fungsi dentur termasuklah mengembalikan semula fungsi oral pesakit, seperti memberikan keselesaan, membaiki fungsi pertuturan dan membaik pulih rupa paras atau fungsi estetik pesakit.

Selain itu, dentur juga dipakai untuk mengekalkan hubungan kesihatan yang baik antara gigi dengan struktur mulut yang lain. Secara amnya, ada tiga jenis dentur iaitu, dentur resin akrilik, dentur dapat lentur dan dentur logam.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Kosmik, Januari 2017.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Sains Perubatan

ANOREKSIA NERVOSA MEMUDARATKAN DIRI

Anoreksia nervosa berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud kurangnya nafsu makan, manakala dalam bahasa Latin pula bermaksud saraf asal. Secara umumnya, anoreksia sejenis penyakit mental yang berlaku pada individu yang mengalami masalah dalam pengambilan makanan.

Diet yang melampau untuk mendapatkan badan yang langsing dan menarik ialah kekacauan dan kecelaruan dalam pengambilan makanan yang sihat dan berzat. Gangguan pola makanan bukan hal yang menyenangkan, tetapi suatu masalah sosial yang disebabkan oleh tekanan terhadap makanan yang serius.

Badan penderita anoreksia kelihatan kurus kering yang melampau. Majoriti penderita anoreksia terdiri daripada wanita (antara 90 % hingga 95 %) berbanding dengan lelaki (antara lima peratus hingga 10 peratus). Jumlah pesakit anoreksia nervosa di Malaysia tidak sebanyak negara lain, seperti Amerika Syarikat, tetapi jumlahnya makin meningkat pada setiap tahun.

Berdasarkan statistik di Malaysia, antara 0.37 hingga 0.46 daripada 100 ribu penduduk Malaysia mengalami gangguan pemakanan dalam setahun. Dianggarkan bahawa antara 1.0 % hingga 4.2 % wanita mengalami anoreksia dalam kehidupan. Hanya antara satu peratus hingga dua peratus daripadanya adalah dalam kalangan remaja di sekolah dan pelajar universiti.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Kosmik, Disember 2016.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Sains Perubatan

PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT

Pada zaman ini, ibu bapa yang bekerja meninggalkan anakdi pusat asuhan kanak-kanak atau taska. Dalam situasi ini,perkara yang sering membimbangkan ibu bapa ialah penyakitberjangkit, seperti penyakit tangan, kaki dan mulut.
Statistik penyakit tangan, kaki dan mulut hingga Jun 2015 di Malaysia amat membimbangkan. Sarawak mendahului dengan 6333 kes, diikuti oleh Selangor (2727), Johor (919), Kuala Lumpur (661), Perak (642) dan Sabah (593). Dengan purata sebanyak 964 kes seminggu, jumlah seluruh kes, iaitu sebanyak 13 497 dilaporkan di seluruh negara. Jumlah penyakit tangan, kaki dan mulut tertinggi direkodkan pada tahun 2012, dengan 34 519 kes dan satu kematian.
Penyakit tangan, kaki dan mulut berlaku disebabkan oleh virus enterovirus yang meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71). Penyebaran penyakit tangan, kaki dan mulut berlaku menerusi sentuhan langsung, sama ada terhadap cecair hidung, air liur, lepuh dan najis kanak-kanak yang dijangkiti oleh virus ini, selain sentuhan pada permukaan dan permainan tercemar.
___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Kosmik, Disember 2016.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Sains Perubatan

BOTULISME PENYEBAB KEMATIAN

Penyakit glaukoma dan katarak saling berhubung   kait menerusi keseimbangan cecair di dalam bebola mata. Apabila ketidakseimbangan cecair ini berlaku, penyakit glaukoma, katarak dan beberapa penyakit mungkin dihidapi.

Yang kedua, botulisme luka. Hal ini berlaku disebabkan oleh toksin yang keluar daripada luka, dijangkiti oleh Clostridium botulinum. Botulisme ini didapati paling kerap berlaku dalam kalangan penagih dadah apabila spora memasuki luka di bawah kulit. Yang ketiga, botulisme bayi. Hal ini berlaku disebabkan oleh spora daripada bakteria botulinum yang dimakan secara tidak sengaja oleh bayi. Spora ini berkembang di dalam usus, menghasilkan toksin yang memasuki aliran darah dan menyebabkan botulisme.

Yang keempat, botulisme yang berjangkit pada orang dewasa. Hal ini sangat jarang-jarang berlaku dan berlaku melalui laluan yang sama seperti botulisme bayi, iaitu termakan spora. Yang kelima, botulisme yang tidak disengajakan. Hal ini berlaku disebabkan oleh suntikan toksin botulinum yang dilakukan untuk menangani penyakit. Di Amerika Syarikat (AS), secara purata,sebanyak 145 kes botulisme dilaporkan pada setiap tahun. Daripada jumlah ini, kira-kira 15 peratus botulisme bawaan makanan, 65 peratus botulisme bayi, dan 20 peratus botulisme luka.

Semua jenis botulisme menyebabkan kematian dan dianggap sebagai kecemasan perubatan. Botulisme bawaan makanan ialah satu kecemasan kesihatan awam. Hal ini dikatakan demikian kerana banyak orang dapat diracuni oleh makanan yang tercemar. Daripada lima jenis botulisme, botulisme bawaan makanan adalah yang paling biasa ditemukan. Makanan di dalam tin atau botol, terutamanya buatan sendiri, mungkin mengandungi bakteria Clostridium botulinum.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Kosmik, Oktober 2015.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Sains Perubatan