HILAL TANDA RAMADAN

Pada bulan Mei 2017, umat Islam menyambut kedatangan Ramadan 1438H. Kedatangan bulan Ramadan ini ditunggu-tunggu oleh umat Islam kerana bulan ini mulia serta mempunyai kelebihan dan keistimewaannya yang tersendiri. Dalam penentuan ketibaan bulan Ramadan, umat Islam ada cara untuk mengetahuinya.
Hilal Rejab 1431H.
Ketibaan Ramadan ditentukan berdasarkan kenampakan hilal pada akhir bulan Syaaban. Kemunculan hilal menjadi tanda ketibaan Ramadan. Hilal sebagai tanda waktu dinyatakan dalam al-Quran, iaitu “Mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang hilal. Katakanlah, “Itu ialah (tanda) waktu bagi manusia dan ibadah haji” (al-Baqarah; 189).
Dalam hadis juga ada dinyatakan tentang hilal yang menjadi penentu bagi waktu awal puasa Ramadan, iaitu “Berpuasalah kamu kerana melihat hilal dan berbukalah kamu kerana melihat hilal. Apabila hilal tertutup atasmu, sempurnakanlah bilangan Syaaban tiga puluh hari” (Bukhari dan Muslim).
Hilal ialah fasa Bulan yang paling awal terjadi selepas ijtimak atau selepas Bulan melengkapkan satu pusingan sinodis mengelilingi Bumi. Bentuk hilal seperti satu lengkuk cahaya (seperti sabit) yang halus pada malam pertama. Fasa Bulan ialah bentuk permukaan Bulan yang berubah-ubah yang dilihat pada setiap hari dari Bumi. Fasa Bulan bermula daripada fasa ijtimak dan diikuti oleh fasa hilal, sukuan awal, purnama, sukuan akhir dan sabit tua.
Bulan tidak mengeluarkan cahaya, tetapi menerima cahaya daripada Matahari. Separuh daripada permukaan Bulan menghadap Matahari dan separuh lagi membelakangkan Matahari. Permukaan yang menghadap Matahari

___

Rencara ini dipetik daripada Dewan Kosmik Mei 2017.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Astronomi

KOMET KATALINA

Gambar komet C/2013 US10 ini dicerap pada 5 Januari 2016 di Observatori Negara Langkawi. Yang menghala ke atas ialah ekor gas ion dan yang menghala ke bawah ialah ekor debu. C/2013 US10 (Catalina) ialah komet yang berasal daripada Awan Oort dan ditemukan pada 31 Oktober 2013 oleh Catalina Sky Survey dengan menggunakan teleskop berdiameter 0.68-meter (27 inci).

Rencara ini dipetik daripada Dewan Kosmik Mac 2017.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Sains Angkasa

BULAN PURNAMA GEDANG 2017

Fenomena supermoon atau Bulan purnama gedang suatu kejadian alam yang menarik perhatian awam. Fenomena ini berlaku ketika fasa purnama. Pada waktu itu, saiz Bulan kelihatan lebih besar berbanding dengan saiz Bulan purnama yang lain. Fenomena ini bukan luar biasa. Yang sebenarnya, fenomena ini berlaku pada setiap tahun. Fenomena ini berlaku disebabkan oleh jarak di antara Bulan dengan Bumi lebih dekat ketika fasa ini.

Istilah Bulan purnama gedang digunakan dalam kalangan ahli astrologi. Istilah ini mula diperkenalkan oleh ahli astrologi, Richard Nolle, pada tahun 1979. Dalam komuniti astronomi fenomena ini dikenali sebagai Bulan
Bulan mengelilingi Bumi dalam orbit berbentuk elips, bukannya bulatan. Dalam satu bulatan ada satu titik pusat dan jejari yang sama. Jarak di antara titik bulatan dengan pusat bulatan, tetap. Namun begitu, dalam satu elips ada dua titik lokus dan setiap titik lokus tidak ada jejari yang sama.

Rencara ini dipetik daripada Dewan Kosmik Februari 2017.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Astronomi

TAKWIM MILADI

Tepat pukul 00:01, 1 Januari 2017, bermulalah tahun baharu Miladi 2017. Detik  tahun baharu Miladi bermula tepat pada waktu tengah malam. Berdasarkan sejarah  takwim Miladi bermula sejak kelahiran Nabi Isa a.s.

Walau bagaimanapun, takwim Miladi tidak bermula setelah kelahiran Nabi Isa a.s,  iaitu pada 25 Disember, tetapi dilewatkan enam hari kemudiannya. Oleh hal yang  demikian takwim Miladi dimulakan pada 1 Januari pada setiap tahun hingga hari  ini. Takwim Miladi diamalkan oleh orang Kristian bermula di Eropah.

Apabila Eropah menakluki Asia, Afrika dan lain-lain negara bermula pada kurun ke-  15 penggunaan takwim Miladi meluas hampir di seluruh dunia. Sehingga kini,  takwim Miladi digunakan dalam pentadbiran negara dan kehidupan di seluruh  dunia, kecuali Arab Saudi yang masih menggunakan takwim hijrah dalam urusan  pentadbirannya.

Dalam urusan pentadbiran Kerajaan Arab Saudi menggunakan takwim Hijrah  seperti dalam pembayaran gaji penjawat awam. Walau bagaimanapun, mulai 1 Oktober 2016, Kerajaan Arab Saudi menukar penggunaan takwim Hijrah kepada takwim Miladi dalam urusan pembayaran gaji penjawat awam.

Dari sudut sains takwim, takwim Miladi berdasarkan gerakan Matahari. Tempoh yang diambil oleh Bumi untuk mengelilingi Matahari ialah satu tahun. Satu tahun ada 365 atau 366 hari.

Takwim Miladi dibahagikan kepada dua tempoh masa. Yang pertamanya, takwim Julian yang digunakan hingga tahun 1582. Yang keduanya, takwim Gregorian yang digunakan dari tahun 1582 sehingga kini.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Kosmik, Januari 2017.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Astronomi

RAHSIA ALAM BAKAL DIBUKA

Kini, ada empat daya kuasa yang wujud di alamsemesta ini yang diterima oleh ahlisains. Daya ini terdiri daripada dayagraviti, daya elektromagnet, dayakuasa kuat dan daya kuasa lemahnuklear. Keempat-empat dayakuasa ini ialah daya asas kuasayang saling berinteraksi. Berhubungdengan daya graviti, ahli sains masihmencari kefahaman yang tuntas tentangciri gelombang graviti yang disangka dapatmeleraikan banyak persoalan tentang alamsemesta.
Menerusi kemajuan sains dan teknologi, banyak ilmu pengetahuan yang memberikan kefahaman kepada manusia tentang rahsia alam semesta. Ilmu ini berdasarkan pemerhatian gelombang terhadap elektromagnet yang merangkumi cahaya tampak, sinar inframerah, sinar-X dan sinar gama.
Pada 100 tahun dahulu (tahun 1916), berdasarkan teori kerelatifan Albert Einstein kewujudan satu lagi bentuk gelombang yang lain daripada yang lazimnya diketahui, iaitu gelombang graviti, diramalkan. Gelombang graviti ialah satu bentuk gangguan dalam fabrik ruang waktu yang dicetuskan oleh tindakan objek yang sangat besar, seperti lohong hitam, supernova dan bintang neutron.
___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Kosmik, Disember 2016.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Sains Angkasa

TEKNOLOGI KETENTERAAN ANGKASA

Penerokaan angkasa lepas yang bermula sejak era 1950-an  menyaksikan kemunculan pelbagai teknologi yang
berkaitan dengan angkasa, seperti satelit dan roket. Pelancaran satelit Sputnik 1 oleh Kesatuan Soviet pada 4 Oktober 1957 memulakan era perlumbaan dalam bidang penerokaan angkasa antara Amerika Syarikat dengan Kesatuan Soviet.

Pelbagai negara lain juga tidak ketinggalan dalam bidang yang sama dan sehingga kini bidang penerokaan angkasa masih menjadi perkara utama bagi semua negara di dunia. Kini, pada abad ke-21, teknologi yang berkaitan dengan angkasa makin canggih. Hal ini mewujudkan bidang baharu dalam dunia penerokaan angkasa, iaitu teknologi ketenteraan yang dapat digunakan di angkasa lepas.

Negara kuasa besar dunia, seperti Amerika, Rusia dan China melakukan pelbagai kajian tentang kemungkinan untuk peperangan berlaku di angkasa. Teori tentang peperangan angkasa ada ditulis dalam pelbagai buku yang berkaitan dengan ketenteraan.

Dalam tempoh ini, buku ini hanya membincangkan bentuk peperangan yang pernah berlaku di dunia, seperti peperangan biologi, peperangan kimia, peperangan gerila, penggunaan senjata pemusnah besar-besaran dan perang antikeganasan.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Kosmik, November 2016.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Sains Angkasa

NEBULA LAGOON

Langit pada waktu malam dihiasi oleh objek dan fenomena langit yang menarik yang dapat dilihat menerusi pandangan kasar, seperti Bulan, planet, buruj dan bintang. Fenomena lintasan meteor pada waktu malam menjadikan langit makin indah dipandang. Hal ini memberikan ketenangan bagi orang yang melihat langit pada waktu malam.

Menurut Imam Ghazali dalam kitabnya, Hikmat Penciptaan Alam Semesta, antara kelebihan melihat langit adalah untuk memberikan ketenangan jiwa kepada pemerhatinya. Selain pandangan kasar, ada objek samawi yang dapat dilihat dengan menggunakan alat optik, seperti binokular dan teleskop.

Dengan alat ini objek samawi yang berada jauh, seperti nebula, kluster bintang dan galaksi, dapat dilihat. Hal ini menakjubkan orang yang melihatnya. Pandangan yang menakjubkan ini membuktikan kehebatan pencipta alam semesta.

Antara objek di langit jauh yang dapat dicerap pada bulan Oktober termasuklah nebula Lagoon. Nebula ini mula ditemukan pada tahun 1654 oleh ahli astronomi Itali, Giovanni Hodierna (1597 hingga 1660). Nebula ini dapat dilihat menerusi pandangan kasar. Di langit, pada waktu malam yang terang dan tidak berawan, nebula ini kelihatan seperti satu tompok cahaya kecil yang malap. Jika teleskop kecil digunakan, bentuk nebula ini kelihatan lebih jelas. Nebula Lagoon dapat dilihat pada bulan Oktober ini di langit selatan.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Kosmik, Oktober 2016.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Astronomi

BURUJ TEKO TEH

Teko ialah alat minuman yang terkenal sejak zaman dahulu. Oleh sebab itu, tidak hairanlah jika alat ini dilambangkan kepada buruj di langit yang dikenali sebagai Sagitarius. Teko sejenis alat yang dihasilkan daripada tembikar bagi mengisi minuman panas.

Buruj Sagitarius berbentuk teko yang terdiri daripada tangkai pada pangkal, muncung pada hujungnya dan penutup di atasnya. Buruj ini sangat dikenali sejak zaman dahulu dan disenaraikan oleh ahli astronomi Mesir purba, iaitu Ptolemy, pada abad kedua Masihi.

Buruj Sagitarius satu daripada buruj Zodiak. Buruj yang menjadi latar belakang sepanjang laluan Matahari dalam setahun dikenali sebagai Zodiak. Kini, ada sebanyak 13 buruj Zodiak. Dahulu, ada sebanyak 12 buruj Zodiak. Buruj yang ke-13 ialah Ophiuchus.

Ada sebanyak 12 bahagian Zodiak. Setiap bahagian mempunyai sudut 30 darjah. Setiap buruj mempunyai sempadan yang ditetapkan oleh Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) pada tahun 1930. Matahari melalui laluan yang dikenali sebagai ikliptik. Laluan ini berlatarbelakangkan buruj Zodiak.

___

Rencara ini dipetik daripada Dewan Kosmik September 2016.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Astronomi

MARIKH BERGERAK SONGSANG

Mungkin ada yang pernah menerima khidmat pesanan ringkas tentang planet Marikh yang mengalami gerakan ke belakang atau menyongsang, seterusnya menyebabkan Matahari yang terbit di timur bertukar terbit di Barat. Ada juga pihak yang menyatakan bahawa planet Marikh berhenti bergerak dan berpatah balik untuk bergerak ke belakang. Pihak ini juga mendakwa bahawa pekara yang sama dapat berlaku kepada Bumi.

Gerakan songsang ialah gerakan ketara atau gerakan ilusi planet dari arah yang bertentangan atau menyongsang dari arah planet atau jasad lain dalam sistem suria jika dilihat daripada titik pandang tertentu, seperti dari Bumi dalam tempoh tertentu. Gerakan songsang berlaku antara Bumi dengan planet luaran. Jika dilihat dari Bumi, planet luaran, seperti Marikh seolah-olah bergerak menyongsang atau berundur.

Dalam tempoh tertentu, jika dilihat dari Bumi, semua planet luaran, asteroid dan jasad lain yang berada di luar orbit Bumi mengalami gerakan songsang secara berkala ketika melintasi langit. Sebagai contohnya, dalam tempoh bulan April 2016 hingga Jun 2016, planet Marikh kelihatan bergerak menyongsang atau berundur apabila dilihat dari Bumi.

___

Rencara ini dipetik daripada Dewan Kosmik Jun 2016.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Astronomi

FAJAR MEMBELAH MALAM

Kegelapan malam berakhir dengan belahan cahaya malap  di kaki langit timur. Cahaya ini muncul secara melintang di ufuk timur. Dengan kemunculan cahaya ini, hari telah siang. Cahaya yang membelah kegelapan langit dikenali sebagai fajar. Bagi orang Islam, cahaya ini sangat penting. Hal ini dikatakan demikian kerana cahaya ini menjadi tanda berakhirnya malam dan bermulanya waktu solat subuh. Apabila masuk waktu subuh, azan dilaungkan di masjid dan surau sebagai seruan solat bagi umat Islam.

Mungkin banyak orang yang jarang-jarang melihat fajar. Fajar ialah cahaya yang mula-mula muncul atau kelihatan pada waktu awal pagi di ufuk timur. Fajar diibaratkan sebagai cahaya pembelah langit. Malam yang pada asalnya gelap mula bercahaya suram dengan kemunculan fajar kemudian beransur-ansur menjadi terang.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Kosmik, Disember 2015.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Astronomi