ANTARES BINTANG RAKSASA

Oleh: Kassim Bahali

Bintang yang dilihat menghiasi langit malam kelihatan seperti titik cahaya yang sama halus, tetapi sebenarnya setiap saiz bintang ini berbeza antara satu dengan lain. Malah, ada bintang yang mempunyai saiz yang lebih besar daripada Matahari. Matahari sejenis bintang yang mempunyai diameter 139 1016 kilometer berbanding dengan Bumi yang hanya mempunyai diameter 12 742 kilometer. Bintang lain yang saiznya lebih besar daripada Matahari ialah Antares. Antares terletak di dalam buruj Scorpio atau Aqrab dalam bahasa Arab.

Buruj Scorpio ialah satu daripada buruj dalam kelompok 48 buruj yang dinyatakan oleh Ptolemy, ahli astronomi Mesir yang hidup pada abad kedua Miladi. Buruj ini boleh dilihat dengan pandangan mata kasar dan berbentuk seperti kala jengking. Buruj ini terletak berhampiran dengan galaksi Bimasakti. Bintang yang paling terang di dalam buruj Scorpio ialah Antares. Bintang Antares kelihatan berwarna kemerahan. Antares terletak pada jarak 550 tahun cahaya dari Bumi.

Kata Antares berasal daripada bahasa Greek yang bermaksud saingan Marikh kerana warnanya seakan-akan sama seperti Marikh. Selain itu, ada ahli astronomi yang menyatakan bahawa kata ini bersempena dengan nama pahlawan dan penyair Arab yang terkenal pada era sebelum Islam, iaitu Antarah ibn Shaddad. Beliau antara 10 penyair yang terkenal dengan keindahan syairnya yang dikenali sebagai Mualaaqat (kalung perhiasan) kerana keindahannya seperti kalung perhiasan wanita. Sepuluh syair terbaik ini digantung pada dinding Kaabah sebagai satu penghormatan kepada penyair berkenaan.

Kedudukan Antares di langit pada awal bulan Oktober 2018.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Dewan Kosmik Oktober 2018.

Posted in: Astronomi

PROXIMA CENTAURI BERHAMPIRAN DENGAN BUMI

Oleh: Kassim Bahali

Bintang ialah hiasan langit pada waktu malam. Jika tiada bintang di langit pada waktu malam, langit kelihatan hitam pekat dan sangat menakutkan. Dengan adanya berjuta-juta bintang yang menghiasi langit, langit kelihatan indah dan memberikan ketenangan apabila dilihat. Bintang yang kelihatan seperti titik kecil cahaya yang berkelipan di langit menambahkan seri langit malam. Bintang ini kelihatan kecil disebabkan oleh kedudukannya yang sangat jauh dari Bumi.

Oleh sebab jarak bintang yang sangat jauh dari Bumi, ukuran jarak, seperti kilometer, tidak sesuai digunakan. Hal ini dikatakan demikian kerana bilangan angka yang terlalu panjang terpaksa digunakan dan menjadikannya sukar disebut. Oleh hal yang demikian, ahli astronomi menentukan jarak sesuatu bintang berdasarkan tempoh cahaya yang diambil dari satu bintang untuk tiba di Bumi.

Cahaya bergerak lurus di dalam vakum dengan sangat pantas, iaitu dengan kelajuan 300 ribu kilometer per saat. Dalam tempoh 10 saat, cahaya bergerak sejauh tiga juta kilometer. Dalam tempoh satu jam pula, cahaya bergerak sejauh 1080 juta kilometer. Cahaya matahari memerlukan tempoh lapan minit untuk tiba di Bumi. Jarak antara Matahari dengan Bumi pula ialah 150 juta kilometer.

Jarak antara Bumi dengan Proxima Centauri dan Matahari.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Kosmik September 2018.

Posted in: Astronomi

ZUHRAH PLANET PALING PANAS

Oleh: Kassim Bahali

Dalam bidang astronomi Islam, planet kedua dalam sistem suria dikenali sebagai Zuhrah yang berasal daripada kata Arab yang bermaksud kecerahan atau kecerlangan. Planet ini dikenali sejak zaman dahulu. Berdasarkan catatan sejarah, laluan Zuhrah di langit diplot sejak milenium kedua Sebelum Masihi.

Berdasarkan definisi Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) 2006, planet ialah satu jasad samawi di dalam sistem suria yang mengorbit Matahari, mempunyai cukup jisim untuk keseimbangan hidrostatik yang menyebabkan bentuk planet menjadi bulat atau hampir bulat, dan tidak ada jiran atau jasad yang berdekatan dengan orbitnya.

Rajah 1 Elongasi Zuhrah.

Oleh sebab itu, jelaslah bahawa Zuhrah ialah jasad dalam sistem suria, mempunyai bentuk yang bulat dan tidak ada objek lain di dalam orbitnya. Hal ini bermakna, Zuhrah ialah sebuah planet yang memenuhi definisi ini.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Kosmik Ogos 2018.

Posted in: Astronomi

GERHANA PENUH BULAN PALING LAMA

Oleh: Kassim Bahali

Gerhana penuh Bulan pada bulan Julai ini ialah gerhana penuh kali kedua pada tahun2018. Gerhana pertama pada tahun 2018 berlaku pada 31 Januari 2018. Gerhana Bulankali ini berlaku dalam tempoh yang lebih lama berbanding dengan gerhana pada bulanJanuari 2018.

Oleh hal yang demikian, banyakorang berpeluang untuk melihatgerhana pada kali ini dengan lebihlama berbanding dengan gerhanaBulan sebelumnya. Tempoh gerhanabergantung pada laluan Bulan yangmelintasi atau memasuki kawasanbayang Bumi. Bentuk bayang Bumiseperti satu bulatan gelap yang sangatbesar di angkasa kerana mengikutbentuk sfera Bumi. Tempoh gerhanapenuh lebih panjang jika laluan Bulanberada di tengah-tengah bulatanberbanding dengan laluan yang beradadi tepi bulatan bayang.

Fenomena gerhana Bulan berlakuapabila seluruh atau sebahagiandaripada Bulan memasuki bayangBumi. Bayang Bumi terhasil disebabkanoleh cahaya matahari yang dihalangoleh Bumi yang menyebabkan bayangBumi mengunjur ke angkasa. Adadua bahagian bayang bumi, iaitubahagian dalam dan luar bayang. Bayang yang berada di bahagian dalam dikenali sebagai umbra, manakala bayang bahagian luar dikenali sebagai penumbra.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Kosmik Julai 2018.

Posted in: Astronomi

GELANG ZUHAL INDAH

Oleh: Kassim Bahali

Zuhal planet yang menarik dengan bentuk dan warnanya yang istimewa. Jika dilihat dengan menggunakan binokular atau teleskop kecil, planet ini dikelilingi oleh gelang yang cantik. Orientasi gelang Zuhal berubah seiring dengan sudut kemiringan yang berubah dari semasa ke semasa.

Pada bulan Jun 2018, Zuhal berpeluang dilihat kerana Zuhal mendekati Bumi. Zuhal dan Bumi berada pada jarak yang dekat pada tarikh tertentu, iaitu pada kedudukan Istiqbal. Fenomena Istiqbal merujuk kedudukan jasad samawi, seperti planet, di dalam sistem suria yang berada dalam keadaan bertentangan dengan Matahari atau pada sudut longitud samawi, 180 darjah. Apabila Zuhal mengalami Istiqbal, Bumi berada di tengah-tengah antara Zuhal dengan Matahari. Ketika kedudukan ini, Zuhal berada setentang dengan Bumi.

Pada tahun 2018, Zuhal berada pada kedudukan Istiqbal pada 27 Jun 2018. Apabila Zuhal mengalami Istiqbal, planet ini berada dalam kedudukan yang paling dekat dengan Bumi berbanding dengan kedudukannya yang lain di dalam orbit. Jarak purata Zuhal dari Matahari, 9.56 kali lebih jauh berbanding dengan jarak Bumi dari Matahari. Ketika Istiqbal pada kali ini, jaraknya lebih dekat, iaitu 8.97 kali.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Kosmik Jun 2018.

Posted in: Astronomi

HUJAN METEOR LYRID

Oleh: Kassim Bahali

Meteor Lyrid.

Kemunculan tahi bintang atau meteor ialah fenomena yang menarik di langit pada waktu malam. Meteor kelihatan seperti kilauan cahaya terang yang melintasi langit dengan lajunya dan hilang di hujung laluannya dalam tempoh yang singkat. Selang beberapa minit kemudian, kejadian seperti ini berlaku lagi.

Fenomena meteor berlaku pada setiap malam, tetapi bilangannya tidak menentu. Bahkan, fenomena meteor juga berlaku pada waktu siang, tetapi tidak kelihatan disebabkan oleh cahaya matahari yang sangat terang. Ada fenomena meteor yang berlaku dalam tempoh tertentu dan bilangannya agak banyak. Bilangan meteor yang banyak dalam satu malam dikenali sebagai hujan meteor dalam kalangan ahli astronomi kerana kelihatan seperti air hujan semasa memasuki atmosfera.

Ada beberapa kumpulan meteor yang utama dalam setahun yang terdiri daripada Lyrid (April), Delta Aquarid (Julai), Perseid (Ogos), Leonid (November) dan Geminid (Disember). Bilangan meteor ini dapat mencecah antara 20 – 50 meteor sejam. Jika bilangan meteor terlalu banyak sehingga mencapai antara 10 – 20 meteor sesaat, fenomena ini dikenali sebagai ribut meteor.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Kosmik April 2018

Posted in: Astronomi

PERBARISAN PLANET

Oleh: Kassim Bahali

Pada bulan Mac 2018, beberapa planet utama dalam sistem suria yang berbaris atau berhimpun, berpeluang dilihat. Planet utama ini planet yang dapat dilihat dengan pandangan mata kasar tanpa menggunakan alat optik, seperti binokular atau teleskop. Planet ini ialah Utarid, Zuhrah, Marikh, Musytari dan Zuhal.

Planet dalam sistem suria terbahagi kepada planet dalaman dan planet luaran. Planet dalaman planet yang berada di dalam orbit Bumi yang terdiri daripada Utarid dan Zuhrah. Planet luaran planet yang berada di luar orbit Bumi yang terdiri daripada Marikh, Musytari, Uranus dan Neptun.

Pada tarikh dan masa tertentu, planet ini kelihatan berada berdekatan antara satu dengan lain seolah-olah sedang berhimpun. Yang sebenarnya, planet ini mempunyai orbitnya sendiri dan tetap bergerak dalam orbit masing-masing. Namun begitu, dari sudut pandang penduduk di Bumi dalam tempoh tertentu, planet ini kelihatan berdekatan.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Dewan Kosmik Mac 2018.

Posted in: Astronomi

BUMI MENDEKATI MATAHARI

Oleh: Kassim Bahali

Detik 00:01 tengah malam 1 Januari 2018 disambut meriah di seluruh dunia. Waktu ini menandakan bermulanya tahun baharu 2018. Mungkin, banyak orang yang tidak menyedari bahawa semasa sambutan tahun baharu, Bumi bersama-sama dengan penghuninya yang berjumlah lebih enam bilion orang, sedang bergerak menghampiri kedudukan yang paling hampir dengan Matahari.
Bumi bergerak dengan halaju purata 30 kilometer sesaat atau 108 ribu kilometer sejam. Bumi bergerak mengelilingi Matahari dalam orbit berbentuk elips, bukan bulatan. Jika bulatan mempunyai satu titik pusat dan mempunyai jejari yang sama, elips pula mempunyai dua titik yang dikenali sebagai fokus dan tidak mempunyai jejari yang sama.
Oleh hal yang demikian, jarak titik sepanjang lengkuk elips tidak sama. Ada titik yang jauh dan ada yang dekat dengan titik fokus. Keadaan ini sama seperti orbit Bumi mengelilingi Matahari, iaitu Bumi seperti satu titik pada elips dan Matahari berada pada satu daripada titik fokus. Bumi berada pada titik yang paling dekat dengan Matahari dan ada ketikanya jauh dari Matahari. Titik Bumi yang berada paling dekat dengan Matahari dikenali sebagai perihelion, manakala yang paling jauh, afelion.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Dewan Kosmik Januari 2018.

Posted in: Astronomi

SOLSTIS MUSIM SEJUK

Oleh: Kassim Bahali

Pada setiap tahun, fenomena solstis hanya berlaku pada bulan Disember, iaitu sebagai penutup fenomena astronomi. Jika bulan Jun ialah musim panas di hemisfera utara, bulan Disember pula musim panas di hemisfera selatan. Oleh sebab itu, waktu siang lebih panjang berbanding dengan waktu malam. Keadaan ini memberikan kelebihan, terutamanya dari segi waktu dan aktiviti harian, berbanding dengan musim sejuk.
Namun begitu, jika bulan Jun ialah musim sejuk di hemisfera utara, bulan Disember pula musim sejuk di hemisfera selatan. Oleh sebab itu, waktu malam lebih panjang berbanding dengan waktu siang. Pada setiap tahun, iaitu pada bulan Disember, Matahari berada di hemisfera selatan. Matahari berada di hemisfera selatan bermula dari 21 September pada setiap tahun. Pada tarikh ini, Matahari bergerak melintasi garisan khatulistiwa dari hemisfera utara ke hemisfera selatan. Gerakan Matahari ketara di sepanjang laluan yang dikenali sebagai garis ekliptik.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Dewan Kosmik Disember 2017.

Posted in: Astronomi

BALAI CERAP GREENWICH PEMBAHAGI TIMUR DAN BARAT

Pada masa itu, kebanyakan bandardi dunia mempunyai waktu tempatannyaberdasarkan garis meridian negaramasing-masing. Hal ini menyebabkankewujudan perbezaan waktu baginegara di dunia kerana tiada waktuantarabangsa yang digunakan. Bermulapada abad ke-15, banyak penjelajahEropah dan pedagang belayar merentasilaut untuk mencari tanah atau negeriyang baharu.
Namun begitu, permasalahan utama yang dihadapi oleh penjelajah dan pedagang ini ialah ketiadaan maklumat tentang kedudukan tempat yang hendak dituju dengan tepatnya. Hal ini dikatakan demikian kerana tiada maklumat tentang longitud tempat ini. Bagi menganggarkan kedudukan kapal di laut, kompas digunakan untuk mengetahui bearing kapal. Dengan mengetahui longitud, kedudukan sesuatu tempat, sama ada di timur atau barat, dapat ditentukan. Selain itu, berdasarkan nilai longitud, waktu dapat ditentukan.
___

Rencara ini dipetik daripada Dewan Kosmik September 2017.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Astronomi