SIAMANG dalam bahasa Inggeris juga dikenali sebagai siamang (Sympalangus syndactylus) salah satu daripada tiga spesies ungka dalam famili Hylobatidae yang terdapat di negara ini. Dua spesies yang lain, iaitu ungka tangan putih atau “white-handed gibbon” (Hylobates lar) dan ungka tangan hitam (Hylobates agilis) atau wak wak atau “agile gibbon”. Ungka tangan hitam hanya terdapat di utara Semenanjung yang bersempadankan dengan negara Thailand seperti Kedah, Perak dan Kelantan. Ungka tangan putih pula terdapat di kebanyakan negeri di Semenanjung.____
Rencana ini dipetik daripada Dewan Kosmik Ogos 2012.
Oleh JASMI ABDUL
BUAYA jenjulung atau “Malayan Gharial” (Tomistoma schelegeli) antara dua spesies buaya yang terdapat di negara ini. Spesies lain yang hampir sama dengannya ialah buaya tembaga atau “Estuarine Crocodile” (Crocodylus porosus). Taburan buaya jenjulung bermula dari India, Myanmar, Thailand, Laos, Kampuchea, Vietnam hingga kepulauan Indonesia. Haiwan liar ini digolongkan dalam keluarga Crocodylidae.BUAYA jenjulung atau “Malayan Gharial” (Tomistoma schelegeli) antara dua spesies buaya yang terdapat di negara ini. Spesies lain yang hampir sama dengannya ialah buaya tembaga atau “Estuarine Crocodile” (Crocodylus porosus). Taburan buaya jenjulung bermula dari India, Myanmar, Thailand, Laos, Kampuchea, Vietnam hingga kepulauan Indonesia. Haiwan liar ini digolongkan dalam keluarga Crocodylidae. Buaya jenjulung mempunyai muncung yang panjang dan tirus, seperti muncung ikan jenjulung atau kadangkala dikenali sebagai ikan todak. Buaya jenjulung mempunyai tubuh yang lebih kecil jika dibandingkan dengan buaya tembaga. Panjangnya tidak melebihi empat meter. Kulit badannya berwarna coklat dengan tompok berwarna hitam pada keseluruhan badan. Bahagian belakang serta ekor buaya ini berduri, manakala kulit nipis di antara jari kaki memudahkannya berenang. Buaya jenjulung mendiami kawasan sungai yang airnya masih tidak tercemar oleh bahan toksik, terutamanya di kawasan sekitar hutan dara atau hutan paya gambut. Terdapat rekod menunjukkan bahawa buaya jenjulung pernah ditangkap di Sungai Tengai, Ulu Bernam, Selangor, dan Sungai Sungkai, Perak.
____
Rencana ini dipetik daripada Dewan Kosmik Julai 2012.
Oleh JASMI ABDUL
BURUNG dendang selayang atau black-naped oriole (Oriolus chinensis) antara spesies burung liar yang biasa ditemui di pinggiran hutan, perkampungan dan kawasan pertanian. Dendang selayang termasuk dalam famili Oriolidae.
OLEH JASMI ABDUL
HARIMAU kumbang atau Panthera pardus adalah antara satu daripada tiga spesies harimau yang terdapat di negara ini. Dua spesies yang lain, iaitu harimau belang (Panthera tigris) dan harimau dahan (Neofelis nebolusa). Saiz tubuh badan harimau kumbang lebih kecil jika dibandingkan dengan harimau belang. Berat maksimumnya boleh mencapai sehingga 100 kilogram. Harimau belang jantan dewasa boleh mencapai berat sehingga 150 kilogram. Ukuran tapak kakinya lebih kecil daripada harimau belang, iaitu tidak melebihi daripada 7 sentimeter panjang.
Panjang keseluruhan badannya boleh mencapai sehingga 2 meter. Kulit badannya berwarna hitam berkilat. Jika diamati secara dekat, terdapat tompok berbentuk bintang di kulit badannya. Di benua Afrika dan India, harimau kumbang dikenali sebagai harimau bintang atau panther, tetapi di kawasan tropika, kulit badan harimau bintang bertukar warna menjadi hitam kerana cuaca lembap. Harimau kumbang ditemui di kawasan hutan pamah yang diteroka pada ketinggian hampir 1500 meter dari paras laut. Harimau kumbang aktif pada waktu malam, bermula dari senja hingga ke pagi. Biasanya ia mengikut denai haiwan besar yang lain, seperti denai gajah, tapir atau seladang bagi memudahkannya memburu mangsa.
Harimau kumbang pandai memanjat pokok terutama pokok yang rendang dan condong. Ia menunggu mangsanya dari atas pokok atau berehat di dahan pokok yang condong. Ada kalanya ia menangkap mangsanya dari atas pokok. Mangsanya terdiri daripada rusa, babi hutan, kijang, pelanduk, burung liar dan haiwan reptilia. Mangsa yang dibunuhnya sama ada dimakan di atas tanah atau dimakan di atas dahan pokok tempat ia berehat.
____
Rencana ini dipetik daripada Dewan Kosmik keluaran Mei 2012.