MUAT NAIK MAKLUMAT DAN IMEJ CARA SELAMAT

Oleh: Nor Azlina Abd. Rahman dan Darien O’brien Fabian

Penggunaan media sosial, seperti facebook, twitter dan instagram, berleluasa pada abad ini. Pengguna media sosial menggunakannya dengan pelbagai tujuan, seperti berniaga, berkomunikasi dan berhibur. Pelbagai maklumat yang mudah didapati secara dalam talian membuka ruang bagi penggodam untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.

Maklumat yang diperoleh ini memudahkan penggodam untuk mencari atau mengesan mangsanya. Walau bagaimanapun, kebanyakan mangsa tidak menyedari bahawa dirinya diawasi pada sepanjang masa menerusi maklumat yang dimuat naik ke media sosial.

Oleh sebab itu, pengguna media sosial harus menitikberatkan aspek keselamatan untuk melindungi akaun media sosial daripada dicerobohi. Maklumat, seperti gambar, video dan maklumat peribadi, perlu disimpan dengan selamatnya dan hanya digunakan bagi tujuan peribadi.

Rencana ini dipetik daripada Majalah Kosmik Mac 2018

Posted in: Sains Komputer

AWASI KELANGSUNGAN SEL KANSER

Oleh: Mohd. Syukri Anwar

Kanser ialah penyakit yang sangat ditakuti. Begitu banyak orang yang menghidap kanser, mati. Kematian mereka berlaku, sama ada ketika sedang menjalani rawatan atau tanpa sempat menjalani rawatan. Jika sempat menjalani rawatan, keadaan mereka seperti orang yang hampir mati, dengan rambut yang gugur, badan yang kurus kering, selera makan yang hilang dan keupayaan fizikal yang lemah.
Hal yang paling kritikal dalam bidang rawatan kanser ialah pengesanan kanser. Hanya setelah kanser dikesan, barulah rawatan kanser dapat dilakukan. Apabila pengesanan kanser hanya dilakukan pada saat akhir, keberkesanan rawatan akan berkurang. Malah, yang lebih malang lagi apabila kanser dikesan apabila pesakitnya tidak mampu lagi bertahan untuk menerima rawatan, iaitu hanya menghitung detik untuk dipanggil menemui penciptanya.
Bagi mengatasi atau mengurangkan kejadian kanser ini, banyak pihak yang mengemukakan pelbagai cadangan, sama ada berdasarkan kajian atau idea semata-mata. Daripada semua cadangan ini, ada satu cadangan yang menarik untuk dikongsikan. Cadangan ini adalah dengan menganggap diri pengguna sedang menghidap kanser. Walaupun cadangan ini agak kurang munasabah, dari sudut lain, ada kebaikannya yang tersendiri. Hal ini dikatakan demikian kerana seseorang itu tidak akan berhati-hati dari segi penjagaan diri, melainkan telah disahkan menghidap sesuatu penyakit.
Cadangan ini juga ada kebenarannya kerana sel yang tidak normal ini memang ada pada setiap orang. Yang membezakannya hanyalah jenis dan tahapnya. Ada orang yang berupaya memusnahkannya sebelum sel ini sempat membahagi dan menjadi banyak, seterusnya berpindah ke organ lain, seperti peparu, usus dan otak. Oleh sebab itu, perlu diingat bahawa hanya masa yang menentukan sama ada sel yang tidak normal yang ada pada diri kita akan bertukar menjadi kanser atau tidak.
Menerusi tanggapan ini, pengguna akan berwaspada dari segi pengambilan makanannya dan menjaga kesihatan dirinya sebaik-baik mungkin. Secara tidak langsung juga, pengguna akan membudayakan pengambilan tumbuhan yang dikatakan mujarab untuk merawat kanser dan menjadikannya sebagai ulam. Mungkin, perkara inilah yang menjadi sebab bagi orang dahulu kekal sihat tanpa ada banyak penyakit yang menghantui mereka.
__

Rencana ini dipetik daripada Majalah Dewan Kosmik Januari 2018.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Daripada Editor

MOBILEGT BANK INVENTORI PERHUTANAN

Oleh: Mohd. Azahari Faidi

Sejak belakangan ini, perkembangan teknologi alat komunikasi, seperti telefon pintar dan peralatan navigasi, meningkat seiring dengan perkembangan pesat perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) di seluruh dunia. Berdasarkan statistik terkini laporan Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa, sehingga hujung tahun 2014, ada hampir tiga bilion pengguna Internet di seluruh dunia. Jumlah ini meningkat daripada lebih kurang 2.7 bilion pada akhir tahun 2013.
Berdasarkan indeks pembangunan TMK (IDI) yang dikeluarkan oleh Kesatuan Telekomunikasi Eropah, Malaysia berada pada kedudukan ke-72 di dunia sebagai pengguna teknologi maklumat dan komunikasi dengan indeks IDI 5.2.
Pada abad ke-21, teknologi telefon pintar berkembang pantas di seluruh dunia, terutamanya Malaysia. Berdasarkan kajian pasaran yang dilakukan terhadap aplikasi telefon mudah alih, didapati bahawa pada tahun 2012, pasaran aplikasi telefon mudah alih bernilai hampir USD 18.56 bilion.
__

Rencana ini dipetik daripada Majalah Dewan Kosmik Disember 2017.

Posted in: DARIPADA FRIM

Pencarian Tenaga Tidak Berakhir

Pencarian Tenaga Tidak Berakhir
Oleh: Mohd. Syukri Anwar

Perbincangan tentang kelangsungan dunia masa hadapan banyak difokuskan pada aspek janaan tenaga. Hal ini dikatakan demikian kerana dunia yang serba canggih dan maju akan berakhir apabila bekalan tenaga dihabiskan. Pada waktu itu, bangunan bergelap, kenderaan tidak dapat bergerak, sistem komputer tergendala, mesin dan alat komunikasi gagal beroperasi, serta perhubungan terputus. Sebagai kesannya, tiada lagi konsep automatik. Semuanya perlu dilakukan dengan menggunakan tenaga manusia sendiri.
Manusia juga akan kembali kepada kehidupan zaman dahulu yang menggunakan konsep mekanikal dalam kelangsungan kehidupan. Basikal dan beca digunakan sebagai medium untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain, manakala alat berasaskan batu dan logam digunakan semula untuk meneruskan kehidupan. Secara asasnya, ada dua kaedah yang membolehkan bekalan tenaga berterusan pada masa akan datang. Yang pertamanya, menjimatkan tenaga sedia ada. Dalam hal ini, penciptaan pelbagai alat yang mendapat pengiktirafan lima bintang oleh Suruhanjaya Tenaga dicipta. Pengguna pula diminta untuk mengubah gaya hidup, seperti mengurangkan penggunaan tenaga jika tidak digunakan.
Yang keduanya, mencari sumber tenaga baharu. Kaedah ini banyak difokuskan oleh penyelidik kerana tenaga yang dijimatkan tetap akan habis suatu hari nanti. Oleh sebab itu, perlu ada tenaga baharu bagi menggantikan tenaga ini. Setelah tenaga baharu ini habis, tenaga baharu yang lain dicari lagi. Begitulah kitar pencarian tenaga baharu. Usaha ini sekali-kali tidak pernah berhenti. Satu daripada tenaga baharu yang ditemukan ialah tenaga nuklear. Tenaga nuklear yang menggunakan bahan api uranium tidak dinafikan sumbangannya dan diakui sebagai sumber tenaga yang bersih, selamat dan mampu menghasilkan kuantiti tenaga yang banyak berbanding dengan sumber tenaga lain. Walau bagaimanapun, bekalan uranium hanya mampu bertahan dalam tempoh 100 tahun.

__

Rencana ini dipetik daripada Majalah Dewan Kosmik Disember 2017.

Posted in: Daripada Editor

TERDESAK UNTUK LANGSING

Lemak ialah suatu keperluan, tetapi pada kadaryang sepatutnya. Keperluan ini berbeza-beza dan bergantungpada faktor tertentu. Bagi orang yang hidup di tempat yang iklimnyarendah, lemak diperlukan sebagai penebat. Penebat ini menghalangpembebasan haba dan melindungi badan daripada kesejukan.Secara umumnya, kanak-kanak perempuan mempunyaikandungan lemak yang sama dengan kanak-kanak lelaki. Hal iniberlarutan sehingga kanak-kanak itu berusia enam tahun. Setelahberumur lapan tahun, sel lemak yang dimiliki oleh kanak-kanakperempuan berkembang dan membesar. Jumlah sel lemak pulamasih kekal sama.Setelah baligh, kadar lemak wanita meningkat dua kali kadarlemak lelaki. Lemak yang makin bertambah ini tertumpu pada bawahbadan, paha, pinggul dan punggung. Peningkatan kadar lemak inibukan berlaku tanpa tujuan, sebaliknya dijadikan sebagai simpanansebelum digunakan oleh wanita apabila menyusukan anak.Cantik dan langsing pula ialah keinginan bagi setiap wanita.Hal ini dikatakan demikian kerana dua perkara ini asas utama yangdapat meningkatkan daya tarikan wanita. Hal ini bermula daripadakanak-kanak, remaja, sehingga dewasa. Malah, apabila bergelarwarga emas, masih ada wanita yang mahu kekal kelihatan cantik danlangsing sehingga akhir hayatnya.Apabila kaedah diet cacing pita diperkenalkan, terbukti bahawabentuk badan yang langsing tetap dijadikan sebagai indeks prestasiutama yang perlu dicapai. Dalam hal ini, kebijaksanaan manusiauntuk memanfaatkan hubungan antara perumah dengan parasitsebagai kaedah diet, sangat terserlah.Secara teorinya, kaedah ini sangat berkesan. Namun begitu,kesan negatif pengambilan cacing pita juga sangat berkesan, iaitusangat memudaratkan. Cacing pita yang hidup di dalam usussentiasa berkembang biak. Pertambahan populasi cacing pitamemerlukan pertambahan bekalan makanan untuknya. Padatahap tertentu, apabila manusia tidak mampu lagi makan denganbanyaknya, cacing pita ini mengganggu tubuh manusia.Oleh sebab itu, yang penting ialah tahap kesihatan yang baik,bukannya kelangsingan badan. Ada banyak orang yang langsing,tetapi tidak sihat. Begitu juga, ada orang yang tidak langsing, tetapisihat. Dengan tahap kesihatan yang baik, segala aktiviti dapatdilakukan dengan sempurnanya.
___

Rencara ini dipetik daripada Dewan Kosmik Oktober 2017.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Daripada Editor

KEPENTINGAN KULAT DALAM EKOSISTEM HUTAN

Kulat ialah organisma yang tidak aktif bergerak sepertihaiwan atau bersifat autotrofik seperti tumbuhan. Sehinggapertengahan abad ke-20, kulat telah dianggap sebagaitumbuhan peringkat rendah tanpa klorofil. Kemudian, secaraberansur-ansur, kajian jelas menunjukkan bahawa kulat berbezadaripada tumbuhan. Namun begitu, asal usul kulat masih tidakdapat dipastikan dalam tempoh bertahun-tahun.
Pada akhir abad ke-20, pelbagai teknik telah dikembangkan untuk menjelaskan hubungan antara
kepelbagaian organisma berdasarkan urutan nukleotida DNA atau urutan asid amino protein (analisis
molekul filogenetik). Hasil daripada perkembangan teknologi ini berjaya membuktikan bahawa kulat mempunyai kaitan yang rapat dengan haiwan dan telah dikelaskan bersama sebagai Opisthokonta, termasuklah beberapa organisma unisel/satu sel yang lain.
___

Rencara ini dipetik daripada Dewan Kosmik September 2017.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: DARIPADA FRIM

PENEROKAAN DAN PERKEMBANGAN ANGKASA

KUALA LUMPUR, 5 Mei 2017 – Program bicara khas bersempenadengan penganjuran Persidangan Antarabangsa SainsAngkasa dan Komunikasi 2017 (IconSpace2017) dianjurkanoleh Pusat Sains Angkasa, Institut Perubahan Iklim, UniversitiKebangsaan Malaysia (UKM) di Planetarium Negara Kuala Lumpur.Program ini diadakan sebagai medium penyebaran ilmu danmaklumat terkini yang berkaitan dengan bidang angkasa kepadamasyarakat. Hal ini bertepatan dengan temanya, iaitu Penerokaandan Perkembangan Angkasa.
Program setengah hari ini dipengerusikan oleh penganjur, iaitu Dr. Teh Wai Leong, felo penyelidik Pusat Sains Angkasa (ANGKASA), UKM. Program ini menampilkan empat orang penyelidik tersohor dalam bidang sains angkasa dan kajian Antartika. Penyelidik ini ialah Profesor Emeritus Datuk Dr. Mazlan Othman (UKM), yang juga felo Akademi Sains Malaysia, Profesor Madya Dr. Wayan Suparta, felo penyelidik kanan ANGKASA (UKM) dan Dr. Zahra Bouya dari Biro Meteorologi Australia (BoM). Turut ditampilkan ialah saintis muda Malaysia, iaitu Nur Adlyka Ainul Annuar yang mengikuti pengajian kedoktoran di Universiti Durham, United Kingdom.
___

Rencara ini dipetik daripada Dewan Kosmik September 2017.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Lain-lain

DUNIA MEKANIK KUANTUM

Ibarat roda, sejarah perbincanganzaman tua berulang semula. SirIssac Newton terkenal dengan kajiancahayanya. Pada tahun 1704, Newtonmenghebahkan bahawa cahaya ialahpartikel (korpuskel), iaitu objek terkecilyang dapat dipisah-pisahkan (seolaholahmenyamai pendapat Democritus).Christian Hugen, sarjana laintidak bersetuju dengan pendapat ini.Menurut Christian Hugen, cahayaialah gelombang (ibarat tenaga yangwujud dalam bentuk gelombang yangberterusan). Walau bagaimanapun, padakali ini, pendapat Newton lebih diterimaramai (ibarat Democritus pula yangmenang). Kedudukan Newton juga tinggipada mata masyarakatnya.Hal ini berlarutan sehinggalahThomas Young mengesahkan bahawacahaya ialah gelombang, bukannyapartikel (tahun 1801 – tahun 1803)menerusi uji kajinya. Hasil uji kaji iniialah penemuan yang gilang-gemilang.Sejak itu, masyarakat sains menganggapperkara ini selesai.Cahaya memang berbentukgelombang. Pada pandanganmasyarakat umum juga begitu kerana ujikaji Young bersifat fizikal. Keputusannyadapat disaksikan dan dibuktikan, sertasangat meyakinkan dan konkrit. Dalamhal ini, jika laser permainan kanak-kanakdisuluh pada kad yang dipotong dengandua garisan berdekatan dengan pisautajam, deretan cahaya seperti dalamRajah 1 didapati. Pendapat ini seakanakanmenyamai pendapat Aristotle, iaitusesuatu yang analog, berterusan danbukan partikel.
___

Rencara ini dipetik daripada Dewan Kosmik September 2017.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Fizik

TIUB KARBON NANO BERSALUT EMAS MANGKIN HEBAT

Ciri unik yang ada pada emas,seperti tidak mengakis dan mempunyaikekonduksian elektrik dan haba yangtinggi, berguna dalam pembuatan perantielektronik. Aplikasi emas dalam bidangperubatan banyak digunakan dalambentuk nanopartikel.Hal ini dikatakan demikian keranabahan bersaiz nano dapat berfungsisebagai agen penghantaran dadah untukdisasarkan ke bahagian yang kecil dan terpencil, seperti sel yang ada dalam organ manusia, tanpa memberikan kesan sampingan kepada pesakit. Selain itu, bahan nano yang mempunyai saiz yang kecil mampu bertindak sebagai mangkin dalam pelbagai tindak balas
kimia.
___

Rencara ini dipetik daripada Dewan Kosmik September 2017.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Lain-lain

DENYUTAN MEDAN ELEKTRIK RAWAT LUKA

Antara faktor ini termasuklah usia,ketidakupayaan pembentukan darahbeku, tindak balas keradangan yanglemah, tidak dapat menghasilkan selbaharu dan pertumbuhan semula tisubaharu atau disebabkan oleh jangkitan.Masalah ini ditangani dengan carapenggunaan protein, dadah dan sitokin,seperti faktor transformasi pertumbuhan.Namun begitu, cara ini agak mahaldan banyak bergantung pada bahanterapeutik kimia.
Percetakan mikrolekatan ialahkaedah yang sangat berguna dalambeberapa aplikasi, seperti pencorakanmatriks ekstrasel bagi molekul lekatan sel untuk menggalakkan lekatan sel bagi pengumpulan sel, pertumbuhan dan bimbingan sel. Ketika proses ini berlaku, pengawalan gerakan sel amat penting untuk mengawal gerakan sel dari lokasi tertentu. Hal ini bertujuan untuk mempercepat penutupan luka dan
pertumbuhan semula tisu.
___

Rencara ini dipetik daripada Dewan Kosmik September 2017.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Lain-lain