KITAR HAYAT PEMBANGUNAN PERISIAN

Banyak perisian aplikasi dibangunkan oleh setiap sektorkerajaan dan swasta untuk membantu memudahkan urusanharian. Antara contoh perisian aplikasi termasuklah perisianaplikasi pangkalan data, perisian utiliti, perisian aplikasi mobildan perisian tugas khas. Setiap perisian yang dibangunkanperlu melalui proses kitar hayat pembangunan perisian.
Kitar hayat pembangunan perisian ialah kitar yang digunakan oleh pembangun perisian untuk merancang pembangunan perisian. Setiap pembangunan perisian perlu mengikuti kitar hayat pembangunan perisian. Hal ini penting supaya proses pembangunan perisian dapat dilakukan secara sistematik, sekali gus mengurangkan kos pembangunan perisian.
Ada lima kitar hayat pembangunan perisian yang sering digunakan oleh pembangun perisian. Kitar ini ialah model air terjun, model pengulangan, model V, model agil dan model pembangunan aplikasi pantas (RAD).
___

Rencara ini dipetik daripada Dewan Kosmik September 2016.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Sains Komputer

Pengkomputeran Optik Komunikasi Optik

Oleh Muhammad Asif Ahmad Khushaini

Kini, teknologi komputer mencapai hadnya kerana undang-undang Moore hampir berakhir. Satu cara bagi mengelakkan hal ini berlaku adalah menerusi pembinaan komputer optik. Unifi merupakan klu terdekat bagi pembinaan pengkomputeran optik. Unifi ialah internet berkelajuan tertinggi di Malaysia kerana menggunakan cahaya sebagai isyarat dan bukannya isyarat elektrik biasa.

Walau bagaimanapun, sistem sedia ada yang menggunakan isyarat elektrik tidak dapat digunakan bagi menghantar isyarat cahaya. Oleh sebab itu, bagi memudahkan pemahaman tentang pengkomputeran optik, komunikasi optik perlu difahami terlebih dahulu kerana bidang ini merupakan asas bagi pembinaan pengkomputeran optik.

Komunikasi bermaksud perhubungan. Bagi membolehkan komunikasi berlaku dengan baik, saluran atau medium bagi memindahkan maklumat diperlukan. Contohnya, tali yang menyambungkan dua cawan plastik ialah medium bagi memindahkan suara daripada pengirim kepada penerima.

Walau bagaimanapun, medium ini bergantung pada jenis maklumat yang dihantar. Jika isyarat elektrik yang dihantar, medium konduktif diperlukan bagi memindahkannya. Medium yang paling popular ialah wayar. Dalam membina suatu sistem baharu seperti pengkomputeran optik, komunikasi adalah penting.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Kosmik Bil 6 2015.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Walau bagaimanapun, sistem sedia
ada yang menggunakan isyarat elektrik
tidak dapat digunakan bagi menghantar
isyarat cahaya. Oleh sebab itu, bagi
memudahkan pemahaman tentang
pengkomputeran optik, komunikasi
optik perlu difahami terlebih dahulu
kerana bidang ini merupakan asas bagi
pembinaan pengkomputeran optik.
Komunikasi bermaksud
perhubungan. Bagi membolehkan
komunikasi berlaku dengan baik, saluran
atau medium bagi memindahkan
maklumat diperlukan. Contohnya, tali
yang menyambungkan dua cawan
plastik ialah medium bagi memindahkan
suara daripada pengirim kepada
penerima.
Walau bagaimanapun, medium
ini bergantung pada jenis maklumat
yang dihantar. Jika isyarat elektrik yang
dihantar, medium konduktif diperlukan
bagi memindahkannya. Medium yang
paling popular ialah wayar. Dalam
membina suatu sistem baharu seperti
pengkomputeran optik, komunikasi
adalah penting.
Posted in: Sains Komputer

Pengkomputeran Optik Kegagalan Model Komputer

Oleh Muhammad Asif Ahmad Khushaini

Komputer tidak mungkin dihasilkan secara keseluruhannya daripada cahaya. Jika semua komponen komputer dihasilkan daripada cahaya, pengendaliannya menjadi sukar dan tidak praktikal. Apa-apa yang mungkin dicapai hanyalah pengkomputeran optik.

Dalam pengkomputeran optik, cahaya menjadi asas bagi operasi komputer. Proses pengiraan ialah perkara yang komputer lakukan. Tempoh masa yang diperlukan bagi pengiraan ini menarik minat ahli sains, jurutera dan pencinta teknologi. Namun begitu, jika ditanya pemilik telefon mudah alih, iPhone dan Samsung di seluruh dunia, mereka mementingkan aspek saiz dan kelajuan.

Masalahnya, jika kelajuan yang lebih cepat diinginkan, saiz perlu dikorbankan. Contohnya, dalam penghasilan superkomputer. Komputer yang digunakan pada waktu ini berdasarkan litar elektrik. Komputer ialah peranti yang dapat melakukan tugas yang diberi. Pelaksanaannya berdasarkan cara pembina, iaitu jurutera memprogramkannya.

Setelah bidang elektrik dan kemagnetan cukup matang, litar elektrik dimanipulasikan supaya dapat melakukan suatu yang diingini. Hal ini menyebabkan kerumitan litar meningkat secara beransur-ansur. Komponen yang khusus pula dibangunkan bagi melaksanakan tugas tertentu.

___

Rencara ini dipetik daripada Dewan Kosmik Mac 2015.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Sains Komputer

Penerokaan Bidang Komputasi Estetik

Oleh Azlan Iqbal

Komputasi estetik merupakan satu bidang kecil sains komputer yang baharu, jika dibandingkan dengan bidang utama sains komputer yang lain, seperti kejuruteraan perisian atau rangkaian komputer. Persidangan Antarabangsa Komputasi Estetik yang biasanya dianjurkan dengan penglibatan badan profesional terkenal, ACM (SIGGRAPH) hanya dimulakan pada tahun 2005.

Walau bagaimanapun, usaha penyelidikan profesional dalam bidang ini, iaitu pada tahap individu bermula sekurang-kurangnya kira-kira dua dekad sebelum itu dan tidak terbatas pada topik grafik komputer. Sebenarnya, komputasi estetik termasuk dalam bidang utama kecerdasan buatan (AI) kerana estetik dapat dikatakan sebagai satu fungsi bagi semua jenis kecerdasan manusia.

Oleh sebab itu, maksud komputasi estetik dari segi praktikal merangkumi semua usaha menggunakan komputer bagi menganalisis, menilai, membaiki atau mencipta objek estetik (contohnya, suatu objek yang diiktiraf sebagai cantik oleh manusia) dalam sebarang jurusan lain, terutamanya yang artistik, seperti muzik, seni lukis, sastera dan sukan.

___

Rencara ini dipetik daripada Dewan Kosmik Februari 2015.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Sains Komputer

Kepercayaan dalam Talian Perlu Dibina

Oleh Maslin Masrom


Percaya ialah satu elemen utama bagi sekitaran dalam talian. Pengguna laman web amat menitikberatkan elemen ini sebelum memaparkan dan memperoleh sebarang maklumat, perkhidmatan atau produk kepada atau daripada pengguna lain. Kebanyakan pengguna ini terdiri daripada pereka bentuk, pembangun, perunding dan pemasar laman web.

Kewujudan interaksi antara percaya dalam diri dengan laman web adalah penting bagi memastikan kejayaan hasil interaksi itu. Penyelidikan yang berkaitan dengan percaya dapat ditemukan dalam bidang falsafah, pengurusan, pemasaran, ergonomik, interaksi antara manusia dengan komputer, psikologi industri dan elektronik-dagang.

Kepercayaan dalam talian ialah suatu perasaan percaya atau menaruh kepercayaan, iaitu seseorang percaya bahawa pihak lain mempunyai satu atau lebih ciri yang bermanfaat kepada dirinya. Contohnya, dalam konteks e-dagang pembeli mengharapkan penjual dalam talian sanggup dan mampu memenuhi keperluan pembeli, jujur dalam transaksi dan menepati semua janji.

Cynthia L. Corritore, Beverly Kracher dan Sussan Wiedenbeck dalam artikel Online Trust: Concepts, Evolving Themes, a Model, keluaran jurnal Int. J. Human-Computer Studies terbitan tahun 2003 mendefinisikan kepercayaan dalam talian sebagai suatu sikap yakin dengan keadaan dalam talian yang berisiko dan mudah terdedah pada bahaya.

___

Rencara ini dipetik daripada Dewan Kosmik Januari 2015.

Sila dapatkan borang langganan untuk urusan langganan.

Posted in: Sains Komputer

Transformasi TMK

Oleh NURFADHLINA MOHD SHAREF

GLOBALISASI, liberalisasi, dan pendigitalan merupakan tiga faktor utama yang merevolusikan perkembangan landskap sosioekonomi dunia dan memberikan impak sosial kepada komuniti di seluruh dunia. Era baru pendigitalan merubah banyak negara untuk mengamalkan ekonomi  pengetahuan (k-ekonomi) secara intensif. Senario yang sama dialami Malaysia, daripada ekonomi berasaskan pertanian dan perlombongan kepada pembuatan dan kini menuju era k-ekonomi.

Hal ini dapat dicapai dengan sokongan dasar kerajaan, asas ekonomi yang kukuh dan kedudukan yang strategik. Kerajaan Malaysia sentiasa proaktif memajukan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam bidang strategi utama, program dan pelan negara.

TMK menjadi mangkin kemajuan ekonomi negara dan diaplikasikan dalam bentuk pengautomasian kerja secara berkomputer dalam pelbagai sektor industri. Menyedari potensi TMK sebagai penyumbang transformasi ekonomi Malaysia, Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan (NITC)  membentuk pelan tindakan strategik nasional bagi TMK1. Menerusi pelan ini, tiga bidang fokus teknologi dikenal pasti sebagai teknologi utama yang menjadi mangkin perkembangan Malaysia dan kemajuan teknologi selaras dengan Wawasan 2020, iaitu rangkaian pengesan tanpa wayar, ramalan analitis dan internet 3-Dimensi. Lima bidang yang berimpak tinggi juga dikenal pasti, iaitu pertanian pintar, sistem logistik, perkhidmatan kewangan, halal dan sektor pembuatan.

____

Rencana ini dipetik daripada Dewan Kosmik Mei 2012.

Posted in: Sains Komputer